Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777888
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohammad Saiful Mansor, Dr.en_US
dc.contributor.authorAffan Nasruddin Roshidi (P90688)en_US
dc.date.accessioned2025-02-12T08:21:37Z-
dc.date.available2025-02-12T08:21:37Z-
dc.date.issued2022-07-29-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777888-
dc.description.abstractPembangunan empangan hidroelektrik telah menyebabkan kerosakan alam sekitar seperti kemerosotan dan fragmentasi habitat namun kajian tentang impaknya adalah terhad terutamanya di Malaysia. Pembanjiran daripada proses pengempangan tasik ini telah mewujudkan sawar yang memisahkan tompokan-tompokan tanah tinggi dan menjadi habitat terasing yang digelar kepulauan daratan. Faktor-faktor yang mempengaruhi kelimpahan dan himpunan burung seperti litupan kawasan hijau, ketinggian pulau dan indeks bentuk pulau juga agak jarang dikaji. Untuk memenuhi kelompongan dalam kajian diatas, kajian ini telah dijalankan di Tasik Puah dan sekitarnya yang telah diempang bagi menjalankan projek Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu. Objektif utama kajian adalah; i) untuk mengenalpasti perubahan kepelbagaian dan himpunan spesies burung di setiap fasa pembinaan Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu, ii) untuk menentukan kepentingan faktor, ciri-ciri pulau berkaitan luas kawasan, pengasingan, kualiti habitat dan musim dalam menentukan kekayaan serta komposisi spesies burung di Tasik Puah, iii) untuk mengenalpasti taburan himpunan burung dan penggunaan strata habitat oleh burung berdasarkan diet, dan strategi pemakanan. Kajian ini telah membandingkan data dari fasa kendalian semasa dengan kajian-kajian lepas di Tasik Puah. Kajian ini telah menggunakan dua kaedah iaitu pemerhatian audio-visual dan pemasangan jaring kabut di kawasan hutan simpan sekitar tasik dan di tujuh pulau yang terbentuk di Tasik Puah. Sepanjang tempoh kajian daripada fasa sebelum balak sehingga kajian pada fasa kendalian, sebanyak 318 spesies telah direkodkan dan sebanyak 865 individu burung yang terdiri daripada 101 spesies telah direkodkan di tujuh pulau kajian sepanjang fasa kendalian sahaja. Kajian ini telah menunjukkan bahawa, spesies burung telah kembali meningkat sebanyak 41.93% spesies pada fasa kendalian berbanding pada fasa pembanjiran. Namun, komposisi burung pada fasa kendalian tidak menyamai fasa sebelum pembalakan dengan pengkelasan klad yang berbeza diantara kedua-dua fasa tersebut. Komposisi burung yang berbeza ini adalah kerana terdapat penambahan spesies burung yang lebih beradaptasi dengan kawasan yang berair. Faktor yang paling utama dalam menentukan kepelbagaian spesies burung di pulau-pulau kajian adalah litupan kawasan hijau, ketinggian dan saiz pulau. Pulau Besar yang mempunyai nilai tertinggi ketiga-tiga faktor ini telah mencatatkan bilangan individu dan spesies sepanjang kajian ini dijalankan. Namun, jarak pengasingannya yang jauh mungkin akan menyebabkan ketiadaan imigrasi burung dari tanah besar disekitarnya. Berdasarkan kajian strata pula, kebanyakan spesies burung lebih tertumpu pada lapisan sub-kanopi. Penggunaan strata ini adalah berdasarkan ketersediaan makanan yang terdapat pada lapisan vegetasi tersebut. Hasil daripada kajian ini telah membuktikan bahawa, pengubahsuaian dan gangguan habitat daripada proses pembinaan empangan akan mengubah komposisi dan kepelbagaian spesies burung. Dapatan kajian ini juga dapat menyimpulkan kepentingan mempunyai hutan yang matang dengan litupan kawasan hijau yang baik adalah amat penting dalam memastikan habitat tersebut mempunyai ceruk yang mencukupi untuk menampung spesies yang lebih pelbagai.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectHydroelectric power plantsen_US
dc.subjectHydroelectric generatorsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesan pembangunan empangan hidroelektrik Tasik Puah dan kepualauan darat terhadap kepelbagaian spesis burung di Hulu Terengganuen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages210en_US
dc.identifier.callnoTK1081.A354 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007368en_US
dc.format.degreeSarjana Sainsen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan pembangunan empangan hidroelektrik Tasik Puah dan kepulauan daratan terhadap kepelbagaian spesies burung di Hulu Terengganu.pdf
  Restricted Access
Full-text3.43 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.