Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777886
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRuhizan Muhammad Yasin, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorNor Hanis Ahmad Zamzuri (P113787)en_US
dc.date.accessioned2025-02-12T08:19:08Z-
dc.date.available2025-02-12T08:19:08Z-
dc.date.issued2024-02-17-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777886-
dc.description.abstractKajian ini bertujuan membangunkan modul pengajaran matematik pengenalan fakta asas darab bagi murid bermasalah pembelajaran spesifik sekolah rendah. Pembangunan modul tersebut bertujuan untuk membantu dan membimbing guru pendidikan khas khususnya bagi mata pelajaran matematik dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) matematik dengan menerapkan pemahaman konsep semasa pengajaran mata pelajaran ini. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (KRB) yang diperkenalkan Richey dan Klein dalam membangunkan modul. Kajian penyelidikan KRB ini melibatkan tiga fasa. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan menggunakan temu bual 7 orang guru Program Pendidikan Khas Integrasi Disleksia (PPKISD) yang mengajar matematik sekolah rendah. Kajian pada fasa ini bagi menentukan keperluan dalam membangunkan modul pengajaran matematik pengenalan fakta asas darab bagi murid bermasalah pembelajaran (BP) spesifik sekolah rendah. Data yang diperolehi dianalisis secara tematik. Fasa kedua masih menggunakan kaedah temu bual tetapi berstruktur menggunakan medium Google Form bagi mendapatkan maklum balas pakar berkenaan kesesuaian aktiviti yang dicadangkan untuk diadaptasi pada setiap langkah pengajaran Gagne. Seramai 10 orang pakar terlibat dalam mencadangkan elemen tambahan dalam reka bentuk modul. Dapatan hasil temu bual pakar menghasilkan prototaip modul kemudian disahkan melalui peratus kesahan kandungan modul dan nilai Indeks Kesahan Kandungan (CVI) pada fasa pembangunan. Nilai peratusan skor penerimaan adalah melebihi 70% bagi setiap item atau konstruk untuk dianggap sesuai dan boleh digunakan. Manakala nilai CVI perlu melebihi 0.83 bagi memastikan kesahan. Modul yang telah disahkan melalui fasa ketiga, iaitu fasa penilaian kebolehgunaan melibatkan 7 orang guru pendidikan khas yang bertindak untuk menilai modul yang dibangunkan menggunakan pendekatan teknik kumpulan nominal ubahan (Modified NGT). Panel ini dipilih berdasarkan kepakaran mereka sebagai pengguna yang terlibat secara langsung dalam PdP matematik di dalam bilik darjah. Nilai peratusan menggunakan soal selidik penerimaan modul adalah 70%. Modul juga diuji dengan membandingkan tahap skor pencapaian murid dalam ujian pra dan pasca. Dapatan keseluruhan daripada fasa pertama menunjukkan guru menghadapi kesukaran mengajar kemahiran mendarab. Guru tidak memberi kefahaman konsep semasa pengajaran. Hal ini berkaitan dengan tiada bahan sumber yang dapat dijadikan rujukan serta sokongan profesional bagi menambah baik pengajaran dalam bilik darjah. Maka, kajian untuk pembangunan modul pengajaran matematik mengenali fakta asas adalah diperlukan. Dapatan daripada fasa kedua pula menghasilkan prototaip modul pengajaran menggunakan langkah pengajaran Gagne dengan penerapan elemen yang dicadangkan oleh pakar. Peratus kesahan kandungan modul melebihi 70% dengan nilai CVI juga melebihi 0.83 % pada setiap item soal selidik menunjukkan tahap kesahan yang tinggi daripada pakar. Selanjutnya, dapatan fasa ketiga memperlihatkan bahawa kesemua item daripada prototaip modul kebolehgunaan, isi kandungan, aktiviti pengajaran dan tugasan serta kesesuaian modul adalah pada tahap sesuai dan boleh digunakan. Modul yang dibangunkan ini berupaya menjadi panduan kepada guru pendidikan khas BP spesifik untuk mengajar konsep asas darab dalam bilik darjah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMathematicsen_US
dc.subjectLearning disabilitiesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan modul pengajaran matematik pengenalan fakta asas darab bagi murid bermasalah pembelajaran spesifiken_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages208en_US
dc.identifier.callnoQA39.2.N637 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007367en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan modul pengajaran matematik pengenalan fakta asas darab bagi murid bermasalah pembelajaran spesifik.pdf
  Restricted Access
Full-text3.41 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.