Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777881
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSiti Nur Diyana Mahmud, Dr.en_US
dc.contributor.authorNajibah Suhaimi (P106890)en_US
dc.date.accessioned2025-02-12T06:29:11Z-
dc.date.available2025-02-12T06:29:11Z-
dc.date.issued2024-01-14-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777881-
dc.description.abstractLiterasi perubahan iklim merujuk kepada aspek kesedaran, pengetahuan dan sikap individu terhadap faktor perubahan iklim. Namun, tahap literasi perubahan iklim secara menyeluruh dalam kalangan pelajar kurang dikaji secara menyeluruh dari pelbagai aspek. Oleh itu, penerapan literasi perubahan iklim amat penting dalam menangani perubahan iklim secara mendadak dan mendidik masyarakat dalam memelihara iklim untuk generasi akan datang. Dalam kajian ini, tahap literasi perubahan iklim dikaji dalam kalangan pelajar tingkatan empat di enam buah sekolah terpilih di Klang, Selangor. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap aspek kesedaran, persepsi, pengetahuan dan sikap pelajar terhadap perubahan iklim dan hubungan antara setiap aspek literasi perubahan iklim pelajar. Seterusnya, kajian ini dilakukan secara kuantitatif yang berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan secara atas talian. Soal selidik tersebut terdiri daripada demografi dan empat aspek yang dikaji (kesedaran, persepsi, pengetahuan dan sikap). Seramai 377 orang pelajar telah terpilih secara pensampelan rawak berstrata tidak mengikut kadar dalam kajian ini dan terdiri daripada pelajar aliran sains tulen dan bukan sains tulen di enam buah sekolah menengah harian. Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan tahap literasi perubahan iklim dalam kalangan pelajar ialah sederhana (min = 3.443, sisihan piawai = 0.7364). Selain itu, analisis MANOVA dua hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan semua komponen literasi perubahan iklim (Sig = 0.032) tetapi tiada perbezaan antara aliran pengajian dengan komponen literasi perubahan iklim (Sig = 0.926). Analisis korelasi Pearson dijalankan bagi menganalisis hubungan antara setiap komponen literasi dan dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara komponen persepsi dan pengetahuan (r = 0.767, p < 0.01), komponen persepsi dan komponen sikap ( r = 0.668, p < 0.01) serta komponen pengetahuan dan sikap ( r = 0.611, p < 0.01). Akhir sekali, implikasi kajian ini dapat membantu golongan pendidik dalam menerapkan kesedaran dan pengetahuan tentang perubahan iklim dalam kurikulum serta kempen alam sekitar yang perlu dianjurkan oleh pihak sekolah supaya persepsi dan tindakan pelajar dapat ditingkatkan dalam memelihara alam sekitar.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectClimatic changesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleLiterasi perubahan iklim dalam kalangan pelajar tingkatan empat di Klang Selangoren_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages139en_US
dc.identifier.callnoQC981.8.C5.N335 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007364en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikan Sainsen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Literasi perubahan iklim dalam kalangan pelajar tingkatan empat di Klang Selangor.pdf
  Restricted Access
Partial1.25 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.