Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777880
Title: | Kompetensi guru terhadap pencapaian mata pelajaran perniagaan tingkatan 4 |
Authors: | Razemah Kamaruddin (P109576) |
Supervisor: | Norasmah Othman, Prof. Dr. |
Keywords: | Teacher effectiveness Teachers -- Rating of Business education Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Dec-2024 |
Abstract: | Pencapaian akademik merupakan standard yang dirujuk bagi menilai pencapaian murid. Penilaian tersebut menjadi salah satu faktor penting yang diambil kira sekiranya murid ingin menyambung pengajian mereka ke peringkat pendidikan tinggi dan menceburi bidang pekerjaan. Namun, Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia 2013-2025 melaporkan bahawa pencapaian prestasi murid di Malaysia semakin merosot. Dapatan kajian lalu mendapati bahawa pencapaian murid dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kualiti pengajaran guru, latar belakang keluarga murid, persekitaran bilik darjah, rakan sebaya dan motivasi murid. Justeru, kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap kompetensi guru MPEI Perniagaan dan hubungannya dengan pencapaian murid MPEI Perniagaan di daerah Kinta Utara. Kajian tinjauan menggunakan reka bentuk kuantitatif ini melibatkan seramai 322 orang murid yang dipilih secara persampelan rawak mudah. Data dikumpulkan menggunakan instrumen soal selidik. Kesahan dan kebolehpercayaan item dalam soal selidik diperoleh melalui pengesahan pakar dan ujian rintis. Kajian mendapati bahawa tahap kompetensi guru MPEI Perniagaan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap adalah tinggi. Manakala tahap pencapaian murid berada di tahap kepujian. Analisis korelasi pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang sangat lemah antara tahap kompetensi guru MPEI Perniagaan dan pencapaian murid. (r= 0.239, p<0.05). Sumbangan varians ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi kebolehgunaan Model Taksonomi Bloom. Justeru, terbuktilah bahawa model ini adalah signifikan untuk mengukur pencapaian murid MPEI Perniagaan. |
Pages: | 139 |
Call Number: | LB1025.3.R339 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kompetensi guru terhadap pencapaian mata pelajaran perniagaan tingkatan 4.pdf Restricted Access | Full-text | 4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.