Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777879
Title: | Pengetahuan, sikap dan tingkah laku guru sains terhadap perubahan iklim |
Authors: | Noor Syafiqah Abdullah (P114211) |
Supervisor: | Kamisah Osman, Prof. |
Keywords: | Teachers -- Training of Climatic changes Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2-Feb-2024 |
Abstract: | Guru mempunyai potensi yang tiada tandingan untuk mendidik pelajar tentang isu perubahan iklim dan melibatkan mereka secara aktif dalam hal ehwal iklim, baik sebagai warganegara dan bakal penyumbang professional masa hadapan. Walau bagaimanapun, penilaian terhadap pengetahuan, sikap dan tingkah laku guru Sains berkenaan dengan perubahan iklim kurang mendapat perhatian. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti profil guru dalam konteks pengetahuan, sikap dan tingkah laku terhadap perubahan iklim berdasarkan jantina dan lokasi sekolah untuk menilai kesediaan dan keupayaan mereka untuk mengintegrasikan pendidikan perubahan iklim merentas kurikulum, seterusnya menganalisis hubungan antara pengetahuan, sikap dan tingkah laku terhadap perubahan iklim. Pendekatan kuantitatif melalui tinjauan telah dijalankan ke atas 632 orang guru Sains sekolah menengah kebangsaan di enam buah negeri, iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor, Sabah dan Sarawak menggunakan teknik pensampelan kebarangkalian kelompok berstrata. Data yang dikumpul menerusi borang soal selidik perubahan iklim seterusnya dianalisis menggunakan kaedah deskriptif untuk mendapatkan peratusan, min dan sisihan piawai, serta menggunakan kaedah inferensi melalui ujian MANOVA dua hala dan ujian korelasi Pearson. Hasil analisis menunjukkan: 1) guru berpengetahuan tinggi tentang perubahan iklim dan mempamerkan sikap dan tingkah laku yang positif berkaitan dengan perubahan iklim, 2) tidak terdapat perbezaan dalam pengetahuan dan tingkah laku guru berkaitan perubahan iklim mengikut jantina, namun terdapat perbezaan dalam sikap guru berkaitan dengan perubahan iklim mengikut jantina, dan tiada perbezaan dalam pengetahuan, sikap dan tingkah laku guru terhadap perubahan iklim mengikut lokasi sekolah, dan 3) tidak terdapat hubungan pengetahuan dengan sikap, namun terdapat hubungan yang lemah antara pengetahuan dengan tingkah laku, dan antara sikap dengan tingkah laku. Kesimpulannya, kajian ini penting bagi merangka program pembangunan profesional yang berterusan untuk memantapkan amalan guru dalam menyampaikan pendidikan perubahan iklim merentas kurikulum. |
Pages: | 180 |
Call Number: | LB1707.N636 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengetahuan, sikap dan tingkah laku guru sains terhadap perubahan iklim.pdf Restricted Access | Full-text | 3.17 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.