Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777860
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoriszura Ismail, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorZarul Khaliff Kamal (P91804)en_US
dc.date.accessioned2025-02-05T04:21:31Z-
dc.date.available2025-02-05T04:21:31Z-
dc.date.issued2022-06-20-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777860-
dc.description.abstractPada tahun 2020, sebahagian besar pekerja di Malaysia merupakan pekerja di sektor swasta iaitu seramai 16.05 juta berbanding pekerja di sektor awam yang hanya meliputi sekitar 1.6 juta. Berbanding pekerja sektor awam yang akan mendapat pencen bulanan daripada Pelan Manfaat Tertakrif iaitu Skim Pencen Kerajaan Persekutuan, pekerja swasta di Malaysia diwajibkan untuk mencarum ke dalam Pelan Caruman Tertakrif iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Perancangan persaraan bagi KWSP adalah penting supaya jumlah caruman terkumpul dapat menyediakan pendapatan persaraan yang mencukupi dan seterusnya dapat menampung perbelanjaan pesara di sepanjang tahun-tahun persaraan. Perancangan persaraan KWSP meliputi dua fasa utama iaitu fasa pertama yang melibatkan pengumpulan caruman dalam tahun-tahun bekerja dan fasa kedua yang melibatkan pengeluaran caruman terkumpul. Dalam fasa pertama, KWSP menyediakan sebanyak 17 pilihan bagi pengeluaran pra-persaraan selain daripada mengumpul caruman untuk persaraan. Dalam fasa kedua, KWSP hanya menyediakan opsyen pengeluaran secara sekaligus di awal tahun persaraan bagi jumlah caruman terkumpul. Sekiranya pencarum tidak membuat perancangan pengeluaran prapersaraan yang strategik, caruman terkumpul mungkin tidak dapat menyediakan pendapatan persaraan yang mencukupi. Di samping itu, sekiranya pesara tidak membuat perancangan pengeluaran yang bertaktikal, pesara akan berhadapan dengan risiko kemusnahan kewangan. Oleh itu, pemodelan aktuari dalam perancangan persaraan KWSP di Malaysia adalah penting agar strategi yang sesuai dapat dirangka. Kajian ini bertujuan untuk membina empat| model beraktuari bagi pengunjuran caruman terkumpul dengan aplikasi pelan caruman tertakrif di Malaysia iaitu KWSP. Pengunjuran ini adalah berdasarkan pelbagai senario yang melibatkan pelbagai pengeluaran pra-persaraan, kadar pelaburan semula dan kadar penggantian. Kajian ini juga bertujuan untuk mencadangkan tiga model beraktuari bagi pengeluaran caruman terkumpul KWSP iaitu model optimum, model mampan dan model anuiti. Akhir sekali kajian ini mencadangkan kaedah penilaian kecekapan bagi beberapa model gabungan pengeluaran berdasarkan Kadar Kecekapan Pengeluaran (WER). Analisis kajian dilakukan terhadap sampel data isi rumah di Malaysia yang meliputi data soal selidik Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2014 (HEIS14) dan data soal selidik Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah 2009 (HIS09). Hasil kajian mendapati lebih 80% daripada sampel isi rumah HEIS14 dan HIS09 mempunyai kekayaan persaraan KWSP yang mencukupi sekiranya tiada pengeluaran pra-persaraan dilakukan. Hasil kajian juga mendapati model optimum dan model mampan mampu memberikan alternatif yang lebih efisien bagi pengeluaran caruman terkumpul persaraan berbanding model kadar penggantian. Selain itu, hasil kajian mendapati model anuiti-hayatberindeks- inflasi mampu menyediakan pencen bulanan yang mencukupi iaitu di sekitar 40% hingga 80% daripada pendapatan bulanan sebelum bersara. Akhir sekali, hasil kajian mendapati model gabungan optimum-anuiti dan model gabungan mampan-anuiti menghasilkan kadar kecekapan pengeluaran yang lebih tinggi berbanding beberapa model gabungan yang lain.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectActuarial scienceen_US
dc.subjectRetirement -- Planningen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleModel persaraan beraktuari dengan aplikasi pelan caruman tertakrif di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages254en_US
dc.identifier.callnoHG8781.Z337 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007353en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Model persaraan beraktuari dengan aplikasi pelan caruman tertaktrif di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text2.56 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.