Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777857
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoriszura Ismail, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorRuzanna Ab Razak, Dr.en_US
dc.contributor.advisorHamizun Ismail, Dr.en_US
dc.contributor.authorNurul Hanis Aminuddin Jafry (P87578)en_US
dc.date.accessioned2025-02-05T04:18:07Z-
dc.date.available2025-02-05T04:18:07Z-
dc.date.issued2022-06-20-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777857-
dc.description.abstractKaedah-kaedah analisis kebersandaran seperti korelasi Pearson, analisis kointegrasi, dan analisis multivariat dikatakan memiliki beberapa kelemahan seperti gagal mengendalikan data tidak bersimetri, kurang teguh, dan tidak sesuai digunakan bagi data yang mempunyai kesan kontagion. Maka, para pengkaji mula beralih kepada model kopula yang dikatakan lebih fleksibel sebagai kaedah alternatif untuk mengukur kebersandaran. Selain kopula statik, kopula dinamik mula diselidiki kerana keupayaannya untuk memodelkan kebersandaran masa-berubah. Di samping itu, model ARMA bersama komponen varians bersyarat yang pelbagai (GARCH, EGARCH dan GJR-GARCH) turut digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk menangani fakta-fakta bergaya empirik yang dimiliki oleh data kewangan dan bagi memastikan spesifikasi model kopula yang tepat dapat dihasilkan. Justeru, kajian ini memilih pelbagai model sut serta kopula statik dan dinamik untuk menganggar kebersandaran bagi pasaran saham Malaysia dan Asia. Data berfrekuensi rendah (seperti data harian) dikatakan tidak lagi mampu untuk menampung aktiviti perdagangan berskala besar. Sebaliknya, data berfrekuensi tinggi (seperti data minit) mengandungi maklumat yang lebih banyak mengenai pasaran saham, mampu mencerminkan kemeruapan pasaran saham dengan lebih tepat, serta berupaya memenuhi definisi ‘Data Raya’. Maka, kajian ini turut menggunakan data 5-minit di samping data pasaran saham harian sebagai sampel kajian. Selain data pasaran saham Konvensional, kajian ini turut memberi perhatian kepada pasaran saham Islamik bertujuan untuk meningkatkan keyakinan para pelabur untuk memilih indeks Islamik. Akhir sekali, perbandingan antara pasaran saham berfrekuensi rendah dan tinggi serta pasaran saham Islamik (FBMHS) dan Konvensional (FBMKLCI) turut dibincangkan di dalam kajian ini. Hasil kajian ini menunjukkan beberapa penemuan penting iaitu; penggunaan model kopula bersama pelbagai model sut mampu mengekalkan fakta bergaya empirik yang dimiliki oleh data kewangan serta dapat memastikan model yang betul dipilih, struktur kebersandaran bagi pasangan saham Asia digambarkan oleh kopula dinamik, hubungan antara pasangan saham Asia terpilih sepanjang tempoh kajian adalah lemah, nilai kebersandaran bagi pasangan saham harian Islamik dan Konvensional adalah kuat terutamanya semasa fasa normal, pasaran saham berfrekuensi tinggi (data 5-minit) mampu memberikan maklumat yang lebih banyak (seperti kesan keumpilan dan kelompok kemeruapan) berbanding pasaran saham berfrekuensi rendah (data harian), dan data 5-minit lebih baik digunakan bagi pemodelan kemeruapan manakala data harian sudah mencukupi untuk menggambarkan kebersandaran antara pasangan saham.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectEfficient market theoryen_US
dc.subjectStock exchangesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAnalisis kemeruapan dan kebersandaran dinamik bagi data kewangan berfrekuensi rendah serta tinggi: kajian empirik pasaran saham Malaysia dan Asiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages233en_US
dc.identifier.callnoHG101.N837 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007350en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.