Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777838
Title: Pengaruh guru dalam mencorakkan kemahiran sosial kanak-kanak semasa aktiviti main blok di tadika
Authors: Shaqinur Aisya Nasli (P96052)
Supervisor: Kamariah Abu Bakar, Dr.
Keywords: Social skills in children
Early childhood education
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Dec-2023
Abstract: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perlaksanaan aktiviti bermain blok kanak kanak berusia 5 tahun. Secara khususnya kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui peranan guru ketika aktiviti blok dijalankan, kebaikan yang boleh diperoleh menerusi aktiviti main blok terhadap aspek perkembangan sosial kanak kanak serta cabaran yang guru hadapi sewaktu menjalankan aktiviti ini. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Seramai dua orang guru tadika dan 6 orang kanak kanak yang terlibat di dalam kajian ini. Instrumen utama kajian ini menggunakan temu bual (semi-berstruktur), dan data disokong melalui instrumen pemerhatian dan analisis dokumen. Data ini dianalisis menggunakan kaedah Constant Comparative yang telah dijalankan melalui proses yang sistematik. Dapatan kajian mendapati terdapat 6 peranan guru yang boleh didapati sewaktu aktivit berlangsung antaranya guru sebagai perancang aktiviti, pemudahcara, pengurus pembelajaran, agen sosial, pembentuk tingkah laku serta pembimbing. Kajian ini juga mendapati permainan blok dapat menyumbang kepada peningkatan kemahiran sosial kanak kanak seperti bekerjasama, bertoleransi, hormat menghormati, empati dan berkomunikasi. Namun, terdapat juga beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan aktiviti main blok seperti kekangan dari aspek kawalan kelas, kekurangan bahan pengajaran serta persekitaran yang agak terbuka untuk menjalankan aktiviti. Secara keseluruhannya, aktiviti main blok ini memberi manfaat dalam membina pengetahuan dan perkembangan kanak kanak. Implikasi daripada kajian ini adalah dapat meningkatkan profesionalisma keguruan dan bagi pihak kanak kanak pula dapat memupuk perkembangan sosial yang lebih baik.
Pages: 139
Call Number: LB1117.S533 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengaruh guru dalam mencorakkan kemahiran sosial kanak-kanak semasa aktiviti main blok di tabika.pdf
  Restricted Access
Full-text2.25 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.