Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777837
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFariza Khalid, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorMuhammad Irfan Ibrahim (P108914)en_US
dc.date.accessioned2025-02-03T06:52:46Z-
dc.date.available2025-02-03T06:52:46Z-
dc.date.issued2024-01-30-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777837-
dc.description.abstractPembelajaran sepanjang hayat (PSH) kian mendapat tempat dalam masyarakat terutama golongan pendidik yang ingin membangunkan potensi diri dan kerjaya melalui Open and Distance Learning (ODL). Aspek komunikasi dalam mewujudkan interaksi pembelajaran perlu dititikberatkan dalam ODL dan kelemahan dalam interaksi mampu merendahkan motivasi pelajar dalam ODL. Oleh itu, Sistem Pengurusan Pembelajaran atau Learning Management System (LMS) yang digunakan dengan mengintegrasikan pelbagai format bahan pembelajaran dan aktiviti pengayaan akan dapat menjadi satu pemangkin kepada interaksi yang lebih baik sekaligus membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran dengan lebih berkesan. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi mengetahui pandangan pelajar ODL terhadap elemen ODL serta mengetahui tahap kepuasan mereka. Kajian ini juga meneroka interaksi antara elemen program ODL melalui analisis sistem Teori Aktiviti Budaya-Sejarah (TABS). Pendekatan kualititatif yang menggunakan kaedah kajian kes ini melibatkan 10 orang pelajar Sarjana Pendidikan Dalam Teknologi Pendidikan di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Kaedah temu bual semi struktur dan soal selidik telah digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan pandangan informan seterusnya menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar ODL bersetuju bahawa LMS yang digunakan meningkatkan interaksi antara pelajar dan merupakan medium komunikasi yang berkesan dalam ODL. Pelajar juga berpuas hati dengan keseluruhan program ODL terutama sistem penilaian dalam program ODL. Dapatan kajian mengesahkan bahawa terdapat hubung kait yang kuat antara elemen alat bantuan iaitu LMS terhadap subjek, objektif, pembahagian kerja serta komuniti yang terdapat dalam teori aktiviti. Kesimpulannya, kajian ini dapat memberikan maklumat yang jelas kepada penyedia program dalam menambah baik rekabentuk kurikulum, bahan pembelajaran serta sistem penilaian yang terdapat dalam sistem ODL. Penyedia program perlu melihat dengan lebih terperinci tentang sokongan yang diberikan kepada pelajar agar pelajar dapat menamatkan pengajian mengikut masa yang ditetapkan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectDistance educationen_US
dc.subjectOpen learningen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleProses interaksi dalam pembelajaran dan pengajaran program open & distance learning dari perspektif teori aktivitien_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages129en_US
dc.identifier.callnoLC5800.M834 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007342en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Proses interaksi dalam pembelajaran dan pengajaran program open & distance learning dari perspektif teori aktiviti.pdf
  Restricted Access
Partial839.91 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.