Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777834
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Farah Shafawati, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Muhammad Zahin Rosli (P103430) | en_US |
dc.date.accessioned | 2025-02-03T04:25:33Z | - |
dc.date.available | 2025-02-03T04:25:33Z | - |
dc.date.issued | 2022-09-22 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777834 | - |
dc.description.abstract | Leptospirosis ialah sejenis penyakit zoonotik yang boleh membawa kematian. Penyakit ini sering dikaitkan dengan mamalia kecil daratan yang berperanan sebagai perumah utama bagi bakteria yang menyebabkan penyakit ini iaitu Leptospira. Kajian mengenai prevalens Leptospira dalam kalangan mamalia kecil daratan di kawasan kediaman dan aktiviti manusia telah didokumentasikan oleh pengkaji lepas. Namun, perbandingan prevalens Leptospira patogenik dalam mamalia kecil daratan di habitat yang pelbagai dan mikrohabitat yang mempengaruhinya kurang diberi perhatian. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menentukan kepelbagaian dan komposisi mamalia kecil daratan dan prevalens Leptospira patogenik yang menjangkitinya di landskap yang berbeza, seterusnya mengenalpasti faktor-faktor mikrohabitat yang mempengaruhi prevalens bakteria tersebut. Kajian ini telah dijalankan di tujuh kawasan yang mewakili lima landskap berbeza iaitu ladang kelapa sawit, hutan rekreasi, sawah padi, separa-bandar dan pasar basah. Sebanyak 150 perangkap sangkar telah diletakkan secara rawak di setiap kawasan kajian selama 54 malam persampelan. Setiap individu yang ditangkap telah dimatikan untuk proses pengenalpastian spesies sebelum pengumpulan ginjal dilakukan. Pengesanan Leptospira patogenik adalah melalui kaedah tindak balas berantai polimerase (PCR) menggunakan pencetus khusus yang menyasarkan gen LipL32. Bagi pengukuran parameter mikrohabitat, lapan parameter telah dinilai mengikut skala sifar (tiada) sehingga tujuh (sangat banyak). Sebanyak 357 individu terdiri daripada 13 spesies mamalia kecil daratan telah berjaya ditangkap sepanjang tempoh persampelan yang didominasi oleh Rattus rattus diardii. Ladang kelapa sawit mempunyai kelimpahan spesies yang tertinggi manakala hutan rekreasi menunjukkan kepelbagaian dan kekayaan spesies yang tertinggi. 21 individu telah dikesan positif Leptospira patogenik, di mana prevalens tertinggi adalah bagi landskap hutan rekreasi (8.8%) manakala Sundamys muelleri (50%) menunjukkan prevalens tertinggi dalam kalangan mamalia kecil daratan. Analisis mikrohabitat menunjukkan kuantiti sampah (p < 0.05) mempunyai kesan yang signifikan terhadap prevalens Leptospira dalam mamalia kecil daratan. Tambahan pula, analisis nMDS memberi indikasi bahawa kehadiran tinja, sisa makanan dan pendedahan kepada manusia mempunyai kaitan dengan prevalens patogenik Leptospira dalam mamalia kecil daratan di setiap jenis landskap. Kajian ini telah menyumbang maklumat yang penting mengenai landskap yang mempunyai risiko jangkitan leptospirosis tertinggi dan faktor-faktor mikrohabitat yang mempengaruhinya. Maklumat ini adalah signifikan dalam membantu badan kesihatan dan pihak berkepentingan dalam mencegah penularan wabak leptospirosis pada masa hadapan, melalui pengawalan faktor mikrohabitat yang terbukti menyumbang kepada prevalens Leptospira di persekitaran berisiko. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Leptospira | en_US |
dc.subject | Leptospirosis | en_US |
dc.subject | Niche (Ecology) | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Prevalens leptospira patogenik dalam mamalia kecil daratan dan mikrohabitat yang mempengaruhinya di landskap berbeza | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 110 | en_US |
dc.identifier.callno | QR82.S7.M834 2022 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007339 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Sains | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Prevalens leptospira patogenik dalam mamalia kecil daratan dan ciri mikrohabitat yang mempengaruhinya di landskap berbeza.pdf Restricted Access | Full-text | 3.26 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.