Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777833
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLim Seng Joe, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorAlvin, Ling Jin Wei (P97205)en_US
dc.date.accessioned2025-02-03T04:23:11Z-
dc.date.available2025-02-03T04:23:11Z-
dc.date.issued2022-07-27-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777833-
dc.description.abstractSarang burung walit (SBW) merupakan glikoprotein yang kaya dengan asid sialik. Semasa pemprosesan SBW, proses pembersihan yang panjang untuk membuang kotoran dijalankan dan ini menghasilkan produk sampingan pemprosesan SBW (SBWps) yang banyak. Kajian ini dijalankan untuk memperoleh semula glikoprotein SBW dan asid sialik yang bernilai daripada SBWps. Hidrolisis berenzim dan berasid telah digunakan untuk memperoleh semula glikoprotein SBW daripada SBWps dan SBW bersih (SBWbersih) sebagai kawalan. Sampel diperlakukan dengan rawatan double boil (SBWpsDb dan SBWbersihDb). Kemudian, sampel tersebut dihidrolisis menggunakan hidrolisis berenzim alkalase (SBWpsAlk dan SBWbersihAlk) dan sialidase (SBWpsAlk+Sia dan SBWbersihAlk+Sia). Manakala, untuk hidrolisis berasid pula menggunakan asid sulfurik (SBWpsHasid dan SBWbersihHasid). Asid N-asetilneuraminik (ASpsHasid dan ASbersihHasid) telah diperoleh semula daripada hidrolisat SBW (90°C suhu hidrolisis, 60 min hidrolisis, 1.5N H2SO4). Hasil perolehan semula glikopeptida daripada SBWpsAlk, SBWpsAlk+Sia (2 jam hidrolisis, 3U sialidase) dan SBWpsHasid (90°C suhu hidrolisis, 60 min hidrolisis, 1.5N H2SO4) menunjukkan masing-masing 42.9%, 54.1% dan 52.2% glikopeptida telah diperoleh semula. Asid N-asetilneuraminik, gula asid yang utama dalam glikoprotein SBW, telah meningkat secara signifikan (p≤0.05) dalam SBWpsAlk+Sia (225.4±0.6 mg g-1) dan SBWpsHasid (223.4±1.0 mg g-1) berbanding SBWps (46.9±0.6 mg/g). Parameter warna menunjukkan sampel hidrolisat mempunyai nilai L* (kecerahan) yang hampir sama kepada sampel mentah. Keputusan Kroma menunjukkan keamatan semua sampel hidrolisat adalah <11. Semua pH sampel SBW adalah dalam julat 5.9–7.7. Jumlah pepejal terlarut pada kepekatan 1%, 5% dan 10% serta jumlah protein terlarut sampel hidrolisat SBW meningkat secara signifikan (p≤0.05) berbanding SBW mentah. Profil asid amino SBW menunjukkan tiada perubahan kandungan asid amino antara SBW mentah dengan hidrolisat SBW. Spektrum FTIR memaparkan hidrolisat SBWps mempunyai kumpulan fungsian yang serupa dengan SBWbersih, kecuali SBWpsHasid, SBWbersihHasid, SAbersihHasid dan SApsHasid disebabkan oleh kaedah hidrolisis yang berbeza. Spektrum NMR memaparkan kesemua sampel SBW mengandungi asid N-asetilneuraminik. Hasil daripada analisis ciri-ciri fizikokimia ini menunjukkan glikopeptida SBW yang diperoleh semula daripada SBWps mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan glikopeptida yang diperoleh daripada SBWbersih. Aktiviti DPPH dan FRAP yang lebih tinggi secara signifikan (p≤0.05) telah dilaporkan dalam hidrolisat SBWps. Hasil kajian ini adalah bermanfaat kepada industri SBW untuk memperoleh semula asid sialik SBW yang bernilai tinggi daripada SBWps.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectEdible birds' nestsen_US
dc.subjectGlycopeptidesen_US
dc.subjectSialic acidsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePerolehan semula glikopeptida dan asid sialik bernilai tinggi daripada produk sampingan pemprosesan sarang burung waliten_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages112en_US
dc.identifier.callnoQL675.A438 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007338en_US
dc.format.degreeSarjana Sainsen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Perolehan semula glikopeptida dan asid sialik bernilai tinggi daripada produk sampingan pemprosesan sarang burung walit.pdf
  Restricted Access
Partial153.81 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.