Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777832
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNur Hasyareeda Hassan, Dr.en_US
dc.contributor.authorMariah Zuliana Dzulkipli (P88827)en_US
dc.date.accessioned2025-02-03T04:21:27Z-
dc.date.available2025-02-03T04:21:27Z-
dc.date.issued2022-08-31-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777832-
dc.description.abstractPenyelidikan yang dijalankan adalah berkaitan dengan penyediaan serta pencirian elektrolit polimer gel cecair ionik (EPGCI) berasaskan poli(vinilidena fluorida- heksafluoropropilena) (PVDF-HFP):1-butil-3-metilimidazolium tetrafluroborat [BMIM][BF4] - sodium triflurometanasulfonat (NaCF3SO3) yang dihasilkan melalui teknik penuangan larutan. Pada peringkat awal kajian, hanya polimer dan cecair ionik diadunkan dengan nisbah komposisi (100-x)PVDF-HFP:(x)[BMIM][BF4] yang berbeza. Kesan penggabungan kedua bahan ini telah dikaji dan dicirikan secara menyeluruh melalui pencirian terhadap kekonduksian ion, sifat elektrik, interaksi kimia, perubahan fasa struktur morfologi, kestabilan terma serta sifat elektrokimia. Filem EPGCI yang fleksibel dan berdiri bebas ini berjaya dihasilkan pada komposisi [BMIM][BF4] ≤ 60 dan analisis impedans menunjukkan kekonduksian ion meningkat dengan peningkatan cecair ionik dengan kekonduksian tertinggi; 2.84 × 10–3 S cm–1 pada suhu bilik. Hubungan linear antara suhu dan kekonduksian ion dengan nilai regresi menghampiri ~1 bagi kesemua sampel menunjukkan bahawa pengangkutan ion mematuhi tingkah laku model Arrhenius. Kajian mendalam melalui dielektrik dan modulus menunjukkan bahawa pemalar dan kehilangan dielektrik juga meningkat bersesuaian dengan pemuatan [BMIM][BF4] selain mencapai nilai kapasitansi terbesar. Kehadiran puncak maksima tan δ menandakan kewujudan dipol relaksasi dalam sistem EPGCI kajian ini. Malah, filem yang menghasilkan kekonduksian ionik tertinggi juga didapati mempunyai masa santaian terpantas. Anjakan dan perubahan bentuk puncak-puncak kepunyaan gelang kation imidazolium serta C–F dari polimer PVDF-HFP dalam spektrum FTIR membuktikan bahawa terdapat interaksi kimia antara kedua bahan tersebut. Analisis DSC dan XRD menunjukkan bahawa [BMIM][BF4] dapat berfungsi sebagai bahan pemplastik yang berkesan dalam mengurangkan kehabluran serta suhu peralihan kaca filem EPGCI tersebut. Pemerhatian terhadap permukaan keratan rentas yang semakin licin juga membuktikan kesan positif bahan pemplastik [BMIM][BF4] tersebut. Keluk TGA untuk semua filem pula menunjukkan kestabilan terma yang tinggi hingga 300 °C. Analisis elektrokimia turut menunjukkan bahawa filem ini mempunyai kestabilan elektrokimia yang baik sehingga 4.2 V. Bagi mengaplikasikan sistem ini ke dalam bateri ion natrium, garam natrium iaitu NaCF3SO3 turut dimasukkan ke dalam sistem EPGCI tersebut. Filem EPGCI dengan pelbagai peratusan berat garam dari 2 bt.% hingga 10 bt.% dihasilkan dan dicirikan melalui pencirian kekonduksian ion, interaksi kimia, struktur morfologi, dan sifat elektrokimia. Kekonduksian ionik maksimum yang dicapai adalah pada 2 bt.% NaCF3SO3 dengan σ = 1.39 × 10–3 S cm–1 dan mula menurun secara mendadak sehingga 10 bt.% NaCF3SO3. Fenomena ini adalah disebabkan oleh pembentukan pasangan ion yang turut disokong oleh analisis FESEM dan FTIR. Di samping itu, nombor pemindahan keseluruhan ioni dan kationik adalah sebanyak tionik ~ 0.99 dan tNa+ ~ 0.268. Manakala, analisis LSV menunjukkan bahawa kestabilan elektrokimia meningkat kepada 4.7 V dengan penambahan NaCF3SO3, sekaligus membuktikan bahawa sampel ini berpotensi untuk diaplikasikan dalam bateri ion natrium.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectSodium ion batteriesen_US
dc.subjectPolymer colloidsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKajian terhadap kesan cecair ionik imidazolium [BBIM] [BF4] ke atas polimer pvdf-hfp bagi aplikasi bateri ion natriumen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages155en_US
dc.identifier.callnoTK2945.S62.M337 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007337en_US
dc.format.degreeSarjana Sainsen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kajian terhadap kesan cecair ionik imidazolium [BMIM][BF4] ke atas polimer pvdf-hfp bagi aplikasi bateri ion natrium.pdf
  Restricted Access
Full-text5.15 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.