Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777831
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFarah Hannan Anuar, Dr.en_US
dc.contributor.authorNeoh Di-Shen, Benjamin (P93232)en_US
dc.date.accessioned2025-02-03T04:19:52Z-
dc.date.available2025-02-03T04:19:52Z-
dc.date.issued2021-01-17-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777831-
dc.description.abstractGetah asli telah digunakan untuk menghasilkan lebih daripada 40 000 jenis produk di mana 400 atau lebih adalah produk berasaskan perubatan. Namun, ikatan ganda dua (C=C) dalam poliisoprena (PI) menghalang potensi penuh polisisoprena. Kajian ini bertujuan untuk mensintesis poliisoprena-cangkuk-polilaktida (PIOH-g-PLA) untuk mengurangkan masalah ketidaktepuan PI dan mengkaji kesan penambahan PIOH-g-PLA dalam adunan PLA/NR sebagai bahan pengserasi. PI menjalani penghidroksilan untuk menghasilkan PIOH, diikuti dengan pempolimeran buka gelang (ROP) untuk mensintesiskan PIOH-g-PLA. Menurut spektrum NMR, PIOH-g-PLA telah berjaya disintesis. Puncak alkena PI mula dikesan pada 5.2 ppm manakala selepas ROP dijalankan, proton yang sama beralih kepada 4.39 ppm. Ini menunjukkan bahawa ikatan alkena telah bertindak balas dan membentuk kumpulan fungsi lain, menyebabkan perubahan dalam gangguan awan elektron. Dari segi kestabilan haba, PIOH-g-PLA menunjukkan kestabilan haba yang lebih tinggi daripada PI. Dari segi berat molekul, berdasarkan GPC, Mw dan Mn PIOH-g-PLA adalah lebih tinggi berbanding PI dan PIOH oleh sebab penambahan PLA pada sisi rantai. Setelah sintesis PIOH-g-PLA berjaya, nisbah PIOH:LA ditentukan untuk menghasilkan kopolimer cangkuk yang sesuai sebagai pengserasi bagi adunan PLA/NR. PIOH-g-PLA dengan nisbah PIOH:LA 20:80 merupakan nisbah yang memberikan purata berat molekul yang paling tinggi dan PDI yang rendah. Kestabilan haba tidak terjejas dengan ketara oleh perubahan nisbah PIOH:LA. PIOH-g-PLA yang mempunyai 20 bt % PIOH dan 80 bt % LA dipilih sebagai pengserasi bagi adunan PLA/NR. Filem PLA/NR/PIOH-g-PLA dihasilkan melalui pengadunan larutan. Penambahan PIOH-g-PLA dalam adunan PLA/NR dapat menghasilkan filem yang seragam tanpa masalah sebaran NR pada permukaan filem. Analisis SEM selepas penambahan PIOH-g-PLA pada 5 bt % menunjukkan filem PLA/NR mempunyai liang sama saiz dan susunan secara seragam. Fenomena ini berkaitan dengan teknik “lithographically pattern breath figuring method”. Kesimpulnnya, filem PLA/NR yang mempunyai 5 bt % PIOH-g-PLA sebagai bahan pengserasi menunjukkan campuran yang paling seragam dan sebaran NR yang paling baik. Berdasarkan analisis yang dijalankan, PIOH-g-PLA sebagai bahan pengserasi telah mengatasi masalah sebaran NR dan campuran yang tidak seragam dalam adunan PLA/NR.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectCopolymersen_US
dc.subjectPolylactic aciden_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleSintesis dan pencirian kopolimer cangkuk poiisoprena terhidroksil-g-polilaktida sebagai pengserasi adunan PLA/NRen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages102en_US
dc.identifier.callnoQD281.P6.N436 2021 tesisen_US
dc.identifier.barcode007336en_US
dc.format.degreeSarjana Sainsen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Sintesis dan pencirian kopolimer cangkuk poliisoprena terhidroksil-g-polilaktida sebagi pengserasi untuk adunan planr.pdf
  Restricted Access
Full-text70.77 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.