Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777829
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Saiful Izzuan Hussain, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Mazmira @ Aniza Adan (P95777) | en_US |
dc.date.accessioned | 2025-02-03T04:13:38Z | - |
dc.date.available | 2025-02-03T04:13:38Z | - |
dc.date.issued | 2022-09-01 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777829 | - |
dc.description.abstract | Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merupakan pengukur utama kepada pendapatan negara. Manakala perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula dianggap sebagai pemacu dan penggerak ekonomi negara. Sementara itu, pekerja adalah salah satu faktor penting yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Justeru hubungan antara PKS, KDNK dan pekerja menjadi isu yang amat penting kepada perkembangan ekonomi negara. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneroka hubungan dinamik yang berlaku antara PKS, pertumbuhan ekonomi dan jumlah pekerja dengan melihat hubungan kausal yang berlaku dan tahap kebergantungan di antara ketiga-tiga pemboleh ubah secara empirikal. Kajian ini menggunakan data nilai tambah sektor PKS, KDNK negara dan juga jumlah pekerja PKS dengan menggunakan data bagi lima aktiviti utama ekonomi Malaysia yang meliputi data dari tahun 1998 hingga 2017. Analisis kausal granger causality Dumitrescu-Hurlin yang digunakan di dalam kajian ini melaksanakan prosedur yang dicadangkan untuk menguji kewujudan hubungan kausal di antara ketiga-tiga pemboleh ubah dengan menggunakan data panel. Kajian menunjukkan terdapat beberapa hubungan kausal antara ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut dalam aktiviti ekonomi yang berbeza. Hasil analisis mendapati perkembangan ekonomi Malaysia mendorong pertumbuhan PKS. Sebaliknya PKS menyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia hanya di dalam aktiviti pembuatan sahaja. Ini mungkin disebabkan penglibatan PKS yang lebih aktif di dalam aktiviti pembuatan berbanding aktiviti lain. Seterusnya, pendekatan copula digunakan untuk melengkapkan analisis kajian. Teknik ini adalah pendekatan yang biasanya digunakan dalam pengurusan risiko dan analisis kewangan dan telah terbukti menjadi alat yang unggul untuk memodelkan struktur kebergantungan. Bukti dari kajian ini secara konsisten menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara ketiga-tiga pemboleh ubah. Kaedah ekonometrik ini memberikan nafas baru dalam meneroka perhubungan kausal dan kebergantungan antara perkembangan PKS, pertumbuhan ekonomi dan jumlah pekerja di mana analisis granger causality Dumitrescu-Hurlin lebih terserlah untuk PKS di dalam aktiviti pembuatan dan pendekatan vine copula pula menunjukkan hubungan kebergantungan yang kuat antara PKS dan pekerja diikuti dengan hubungan antara PKS dan pertumbuhan ekonomi. Dapatan ini jelas menunjukkan hasil analisis yang komprehensif selain boleh memberi pemahaman tentang kebergantungan di antara pemboleh ubah. Secara keseluruhannya, dapatan dari kajian ini dapat memberikan informasi penting dengan penemuan baru dalam bidang ekonomi tentang hubungan dinamik di antara perkembangan PKS, pertumbuhan ekonomi dan pekerja di Malaysia. Justeru, dari penemuan baru dalam ekonomi PKS ini, dijangka akan memberi maklumat penting yang akan memberi peluang kepada penggubal dasar negara untuk membuat keputusan yang lebih tepat kerana boleh memberi tumpuan kepada skop yang lebih kecil iaitu mengikut pecahan aktiviti ekonomi. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Small business | en_US |
dc.subject | Economic development | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Hubungan dinamik antara perusahaan kecil dan sederhana, pertumbuhan ekonomi dan pekerja di Malaysia: analisis granger causality dan pendekatan vine copula | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 81 | en_US |
dc.identifier.callno | HD2341.M339 2022 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007334 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Sains | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Hubungan dinamik antara perusahaan kecil dan sederhana, pertumbuhan ekonomi dan pekerja di Malaysia analisis granger causality dan pendekatan vine copula.pdf Restricted Access | Full-text | 2.03 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.