Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777822
Title: | Kesan bio-perangsang tumbuhan terpilih ke atas pembebasan gas rumah kaca, pertumbuhan dan hasil padi (Oryza sativa L.) |
Authors: | Mohd Fairuz Md Suptian (P90526) |
Supervisor: | Che Radziah Che Mohd Zain, Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Mohd Nadzir, Prof Madya Dr. |
Keywords: | Greenhouse gases Rice Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Jul-2022 |
Abstract: | Amalan penanaman padi menyumbang kepada pembebasan gas rumah kaca (GRK) dengan memberi impak besar kepada perubahan iklim. Penanaman padi secara konvensional dengan pengairan berterusan dan penggunaan baja kimia meningkatkan pembebasan GRK. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi menilai perbezaan kaedah penanaman padi secara konvensional dengan teknik Sistem Intensifikasi Padi (SRI) serta menguji sejauhmanakah kesan penggunaan bio-perangsang tumbuhan terhadap pembebasan GRK serta prestasi pertumbuhan dan hasil padi. Kajian perbandingan penanaman padi varieti MRQ76 secara teknik SRI dan konvensional dijalankan di dua lokasi iaitu di Bachok dan Kadok, Kelantan pada 2018 hingga 2019 dengan menggunakan rekabentuk blok lengkap terawak (RCBD) yang diulang empat kali. Keputusan di kedua-dua lokasi mendapati teknik SRI dapat mengurangkan pembebasan gas metana sebanyak kira-kira 63-64%. berbanding konvensional. Selain itu, prestasi pertumbuhan padi SRI di kedua-dua lokasi juga adalah lebih baik dengan 19-29 tiller per perdu berbanding konvensional dengan 10-11 tiller per perdu sahaja manakala jumlah klorofil juga meningkat sebanyak 12-26% berbanding konvensional. Seterusnya, teknik SRI didapati meningkatkan kecekapan penggunaan air sebanyak 10-25% di kedua-dua lokasi berbanding konvensional serta dapat meningkatkan purata hasil padi di Bachok dengan nilai 5.98 tan/ha ± 0.70 dan di Kadok dengan hasil 2.94 tan/ha ± 0.67 berbanding konvensional iaitu 2.75 tan/ha ± 0.16 di Bachok dan 0.02 tan/ha ± 0.01 di Kadok. Kajian penilaian ke atas percambahan dan prestasi pertumbuhan anak padi telah dijalankan dengan menggunakan tiga jenis bio-perangsang tumbuhan iaitu kitosan, cuka kayu dan ekstrak rumpai laut melalui teknik rendaman biji benih. Keputusan mendapati aplikasi bio-perangsang kitosan menunjukkan prestasi terbaik dalam peratus percambahan dan vigor biji benih iaitu 87.8% dan 1810 berbanding cuka kayu dengan 77.8%, 1358, ekstrak rumpai laut dengan 78.9%, 1467 dan kawalan dengan hanya 75.6%, 1346, masing-masing. Di samping itu, penggunaan kitosan juga didapati memberikan panjang pucuk, panjang akar, berat pucuk dan berat akar paling optimum berbanding dengan cuka kayu, ekstrak rumpai laut dan kawalan masing-masing. Kajian seterusnya ialah penilaian kesan bio-perangsang tumbuhan terpilih iaitu kitosan dengan teknik rendaman biji benih ke atas pembebasan gas metana, morfo-fisiologi pokok dan hasil padi dalam teknik SRI di lapangan. Keputusan mendapati aplikasi kitosan dalam teknik SRI merekodkan prestasi pertumbuhan lebih baik iaitu 6-9% lebih tinggi, bilangan tiller per perdu 23-25% lebih banyak, jumlah klorofil 10-15% lebih baik dan kadar fotosintesis 13-31% lebih tinggi di kedua-dua lokasi kajian berbanding penanaman secara teknik SRI biasa tanpa rawatan kitosan. Pembebasan gas metana dengan rawatan kitosan tidak memberikan bacaan signifikan berbanding SRI tanpa kitosan di kedua-dua lokasi. Hasil padi SRI dengan kitosan merekodkan peningkatan sebanyak 18% di Bachok dengan hasil 7.37 tan/ha ± 0.25 dan 36% di Kadok dengan nilai 4.61 tan/ha ± 0.57 jika dibandingkan dengan kaedah SRI tanpa kitosan iaitu hanya 5.98 tan/ha ± 0.62 di Bachok dan 2.94 tan/ha ± 0.67 di Kadok. Kesimpulannya, gabungan penanaman secara teknik SRI dan penggunaan bio-perangsang kitosan mampu meningkatkan prestasi pertumbuhan padi di samping mengurangkan pembebasan GRK. Hal ini akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada produktiviti tanaman tersebut dan persekitaran, malah secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi pendapatan ekonomi para petani. |
Pages: | 127 |
Call Number: | TD885.5.G73.M634 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kesan bio-perangsang tumbuhan terpilih ke atas pembebasan gas rumah kaca, pertumbuhan dan hasil padi Oryza Sativa L..pdf Restricted Access | Full-text | 84.08 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.