Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777770
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZuliskandar Ramli, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorHamdzun Haron, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorMuhammad Razin Norman (P100380)en_US
dc.date.accessioned2025-01-24T03:19:13Z-
dc.date.available2025-01-24T03:19:13Z-
dc.date.issued2025-01-12-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777770-
dc.description.abstractPenyelidikan arkeologi di Gua Tembus, Gunung Pulai, Baling adalah bertujuan untuk mendedahkan data-data kebudayaan masyarakat prasejarah yang pernah mendiami tapak ini. Lokasi tapak ini juga berdekatan dengan tapak gua-gua prasejarah lain di sekitar Gunung Pulai. Selain itu, lokasi Gua Tembus yang berada di N 05.666421° dan E 100.887196° ini yang tidak terlalu jauh dengan Sungai Ketil menjadi faktor dipilih sebagai antara kawasan hunian masyarakat prasejarah yang digunakan secara berterusan oleh masyarakat prasejarah. Oleh itu, kajian yang akan dilakukan di Gua Tembus ini dilakukan secara sistematik dan saintifik bagi mengenal pasti kronologi serta perkembangan budaya di tapak Gua Tembus, menganalisis evolusi teknologi litik berdasarkan perkembangan budaya masyarakat di Gua Kambing, dan mensintesis hubungan antara artifak dan ekofak dengan persekitaran. Analisis secara fizikal dan saintifik dilakukan pada setiap jumpaan artifak, ekofak dan fitur. Kaedah kajian melibatkan kajian kepustakaan, survei tapak, ekskavasi arkeologi dan analisis saintifik melalui kaedah keratan nipis (thin section), radiokarbon, XRD dan XRF. Hasil dari ekskavasi yang dilakukan pada 22 hingga 30 Mac 2022, telah menemukan artifak berupa alat batu, pecahan tembikar tanah dan jumpaan ekofak berupa pecahan tulang haiwan serta sisa-sisa cangkerang moluska. Alat batu yang ditemui terdiri daripada kapak, pengikis, pahat, alat penetak, batu pelandas serta sisa repehan yang mempunyai ciri-ciri sentuhan kebudayaan Hoabinhian dan Neolitik. Analisis terhadap tembikar tanah pula menunjukkan berkemungkinan wujudnya hubungan antara masyarakat pesisir dan pedalaman semasa kebudayaan Neolitik. Hasil daripada kajian stratigrafi juga menunjukkan Gua Tembus ini telah dihuni dari zaman masyarakat prasejarah sehingga kehadiran masyarakat Orang Asli. Pentarikhan secara relatif yang dibuat di Gua Tembus berdasarkan tipologi alat batu menunjukkan alat batu di tapak ini digunakan secara berterusan dari zaman Hoabinhian, zaman Neolitik sehingga digunakan oleh masyarakat Orang Asli. Manakala pentarikhan kronometrik yang diperoleh dari sampel cangkerang terdalam menunjukkan wujudnya aktiviti manusia di Gua Tembus pada 13,130 +/- 30 BP iaitu pada tempoh masa kebudayaan Hoabinhian. Oleh itu, tapak Gua Tembus telah digunakan secara berterusan dari zaman prasejarah iaitu sejak zaman Hoabinhian hingga kebudayaan Orang Asli serta jumpaan artifak dan ekofak di tapak ini mempunyai perkaitan dengan persekitaran di Gunung Pulai dan Gunung Baling.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationInstitute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)en_US
dc.subjectArkeologien_US
dc.subjectKebudayaan masyarakat prasejarahen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia-- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations Academic-- Malaysiaen_US
dc.subjectGua Tembus Gunung Pulai, Balingen_US
dc.titleArkeologi prasejarah di gua tembus gunung Pulai Baling : kronologi, budaya dan hubungan dengan persekitaranen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages355en_US
dc.format.degreeSarjana Persuratanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
[FULL] TESIS MOHAMMAD RAZIN NORMAN (P100380).pdf
  Restricted Access
Full Text10.39 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.