Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777769
Title: | Pembangunan KIT pembelajaran Bahasa Melayu (KPBM) untuk penutur asing : Analisis teori sosiokognitif |
Authors: | Yusmaniza Mohd Yusoff (P86248) |
Supervisor: | Junaini Kasdan, Dr. Chong Shin, Prof. Madya Dr. Nor Hashimah Jalaluddin, Prof. Dr. Supyan Hussin, Prof. Dr. |
Keywords: | Kit pembelajaran bahasa Multimedia Interaktif Universiti Kebangsaan Malaysia-- Dissertations Dissertations Academic-- Malaysia |
Issue Date: | 17-Jan-2025 |
Abstract: | Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia, sentiasa mendapat perhatian untuk dipelajari sebagai bahasa asing oleh penutur bahasa di seluruh pelosok dunia. Justeru, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu sebagai bahasa asing, perlu ditambah baik. Kaedah PdP bahasa Melayu untuk penutur asing, cenderung mengamalkan kaedah pembelajaran konvensional, yang bertumpu kepada kelas dan bantuan guru. Namun, sesuai dengan perkembangan teknologi, sistem pembelajaran konvensional ini perlu diberikan nilai tambah dengan mengambil kira beberapa faktor, misalnya kos yang tinggi, waktu yang kurang sesuai, dan jarak yang terlalu jauh. Semua nilai tambah ini dapat memacu motivasi intrinsik yang tinggi kepada pembelajar bahasa Melayu untuk belajar sendiri. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan membangunkan Kit Pembelajaran Bahasa Melayu (KPBM) tahap asas untuk penutur asing, sebagai bahan bantu pembelajaran secara dalam talian yang lebih interaktif dan efektif. Kajian ini mensasarkan tiga objekif, iaitu (i) mengenal pasti kandungan bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu tahap asas untuk penutur asing yang sesuai; (ii) membangunkan KPBM untuk penutur asing menggunakan model reka bentuk pembelajaran ADDIE; dan (iii) menghuraikan kaedah pembelajaran berbantu KPBM menggunakan Teori Sosiokognitif. Kajian ini berjaya mengenal pasti kandungan bahan pengajaran yang sesuai, dan selanjutnya membangunkan KPBM, yang terdiri daripada bahan bertulis (e-buku dalam talian) dan bahan video. KPBM yang dinamai sebagai RAKAN BAHASA (No. IP: F1896) ini boleh dicapai melalui laman sesawang http://www.ukm.my/kitbm/. Penilaian kebolehgunaan KPBM terhadap 25 orang penutur asing menunjukkan nilai skor min yang tinggi bagi ketiga-tiga aspek, iaitu reka bentuk dan kandungan bahan; kesesuaian pembelajaran; dan kepuasan pengguna terhadap KPBM. Selanjutnya, Teori Sosiokognitif digunakan bagi menilai fenomena sosial dan kognitif dalam kaedah pembelajaran bahasa Melayu berbantu bahan video KPBM. Pembelajaran menggunakan bahan video KPBM menunjukkan sintesis yang erat antara bahasa dan budaya serta sesuai dengan prinsip peniruan dan pengukuhan dalam Teori Sosiokognitif. Kajian ini penting untuk membantu proses pengembangan bahasa Melayu, sama ada di peringkat kebangsaan atau di peringkat global sebagai bahasa antarabangsa. Kata Kunci: PdP bahasa Melayu, ADDIE, Bahasa Melayu untuk Penutur Asing, Sosiokognitif, belajar bahasa |
Pages: | 419 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
[FULL] TESIS YUSMANIZA MOHD YUSOFF (P86248).pdf Restricted Access | Full Text | 5.37 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.