Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777540
Title: Mutasi gen Glukoserebrosidase (GBA1) pada pesakit penyakit Parkinson berbangsa Melayu
Authors: Nur Fadhlina Mohamad Pakarul Razy (P69661)
Supervisor: Nor Azian Abdul Murad, Dr.
Norlinah Mohamed Ibrahim, Prof. Datin. Dr.
Keywords: Parkinson Disease
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 9-Jul-2017
Abstract: Mutasi pada gen Glukoserebrosidase (GBA1) adalah salah satu faktor risiko genetik yang paling lazim berlaku di dalam penyakit Parkinson (PD). Kajian terdahulu menunjukkan bahawa mutasi pada gen GBA1 berupaya untuk mengubah suai umur permulaan PD. Hubungan di antara gen GBA1 dan PD tidak pernah dilaporkan di kalangan populasi Melayu. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menentukan kekerapan mutasi pada gen GBA1 di dalam populasi Melayu PD. Kajian ini melibatkan sebanyak 150 peserta yang dipadankan dengan umur dan etnik: 50 pesakit permulaan lewat PD (LOPD), 50 pesakit permulaan awal PD (EOPD) dan 50 sampel kawalan. DNA genomik diekstrak daripada darah peserta kajian; dan kualiti dan kuantitinya ditentukan menggunakan spektrofotometer Nanodrop® ND-1000. Sebanyak 11 ekson gen GBA1 diamplifikasikan dan dijujuk menggunakan Sistem Ion Torrent PGMTM. Data jujukan dianalisis menggunakan perisian Torrent Suite™, ANNOVAR, FATHMM MKL dan MutationTaster. Hubungan di antara varian nukleotida tunggal gen GBA1 dan PD dianalisis menggunakan perisian SNPAnalyzer 2.0. Sebanyak 10 varian gen GBA1 heterozigot telah dikenal pasti di dalam pesakit PD Melayu. Varian p.L483R + c.-145G>A, p.L483P, p.R159Q, p.S146L dan c.-203A>G telah dikenal pasti di dalam kes EOPD. Manakala, varian p.R202Q, c.543C>T(p.F181(=)) dan c.28-10G>A telah dikenal pasti di dalam kes LOPD. Varian p.R202Q turut ditemui di dalam sampel kawalan bersama - sama dengan c.259C>A(p.R87(=)) dan c.-145G>A. Kekerapan varian gen GBA1 adalah lebih tinggi di dalam kes PD (n = 8/100, 8.0%) berbanding dengan kawalan (n = 3/50, 6.0%); dan lebih tinggi di dalam kes EOPD (n = 5/50, 10.0%) berbanding dengan kes LOPD (n = 3/50, 6.0%). Walau bagaimanapun, perbezaan untuk dua kumpulan ini adalah tidak signifikan (PD vs kawalan: nilai p = 0.752, OR = 1.36 dengan selang keyakinan 95% = 0.35 - 5.38; EOPD vs LOPD: nilai p = 0.715, OR = 1.74 dengan selang keyakinan 95% = 0.39 - 7.71). Tiada perbezaan purata umur permulaan penyakit di antara pesakit PD yang mempunyai mutasi pada gen GBA1 (54.38 ± 10.29 tahun) dan pesakit PD tanpa mutasi pada gen GBA1 (54.40 ± 12.85 tahun) dengan nilai t = -0.00581 dan nilai p = 0.995. Dua varian intron: g.155207483C>T (OR = 8.03 dengan selang keyakinan 95% = 1.05 - 61.67; nilai p = 0.018) dan g.155208183T>C (OR = 0.40 dengan selang keyakinan 95% = 0.23 - 0.69; nilai p = 0.001) mempunyai hubungan yang signifikan dengan PD. Kesimpulannya, mutasi pada gen GBA1 tidak meningkatkan risiko mendapat PD di dalam subjek Melayu. Walau bagaimanapun, kehadiran varian g.155207483C>T mungkin meningkatkan risiko mendapat PD. Manakala, varian g.155208183T>C mungkin menurunkan risiko mendapat PD. Varian yang dikenal pasti di dalam kajian ini perlu disahkan dengan menggunakan saiz sampel yang lebih besar untuk mengesahkan hubungan ini.
Notes: e-tesis
Pages: 195
Call Number: QU20.N974m 2017 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:UKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Mutasi gen Glukoserebrosidase (GBA1) pada pesakit penyakit Parkinson berbangsa Melayu.pdf
  Restricted Access
Full-text5.41 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.