Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777538
Title: | Kesan tokotrienol ke atas perubahan faktor molekular gaster pada tikus yang diaruh stres |
Authors: | Nur Azlina Mohd Fahami (P62105) |
Supervisor: | Qodriyah Hj Mohd Saad, Prof. Madya. Dr. Kamisah Yusof, Prof. Madya. Dr. Chua Kien Hui, Prof. Madya. Dr. |
Keywords: | Vitamin E -- adverse effects Dissertations, Academic -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 12-Aug-2016 |
Abstract: | Kajian ini telah dijalankan untuk membanding kesan pra-rawatan tokotrienol (TT) dan Omeprazole (OMZ) ke atas parameter gaster yang penting untuk memelihara integriti mukosa gaster dalam tikus-tikus yang didedahkan kepada stres imobilisasi rendam air (WRS). Parameter-parameter yang diukur ialah lesi gaster, keasidan, malondialdehid (MDA), superoksida dismutase (SOD), glutation-S-transferase (GST), prostaglandin E2 (PGE2), mRNA siklooksigenase (COX), nitrik oksida (NO), mRNA nitrik oksida sintase teraruh (iNOS), sitokin dan faktor pertumbuhan. Dua puluh lapan ekor tikus Wistar jantan (200-250 g) telah dibahagikan kepada empat kumpulan; dua kumpulan kawalan telah diberikan diet normal dan dua kumpulan rawatan, masing-masing menerima suplementasi oral TT pada dos 60 mg/kg atau OMZ pada dos 20 mg/kg berat badan. Selepas 28 hari, satu kumpulan kawalan dan kedua-dua kumpulan rawatan diberikan pendedahan tunggal kepada stres (WRS) selama 3.5 jam. Tikus-tikus kemudiannya dibunuh dan jus gastrik diambil untuk menentukan keasidannya. Gaster dibuka di sepanjang lengkung yang paling besar dan lesi gaster diperiksa. Tikus-tikus yang terdedah kepada WRS didapati mempunyai lesi pada mukosa perut masing-masing. Pra-rawatan dengan TT dan OMZ mampu mengurangkan pembentukan lesi gaster dengan signifikan berbanding kumpulan stres. WRS telah meningkatkan aras MDA, keasidan gaster, NO dan sitokin pro-inflamasi gaster berbanding dengan kumpulan kawalan tanpa stres. Tokotrienol telah menurunkan aras parameter-parameter ini dengan signifikan berbanding kumpulan stres. Pengurangan signifikan pada aktiviti SOD, GST, aras PGE2 dan sitokin anti-inflamasi gaster serta faktor pertumbuhan berlaku dengan pendedahan kepada stres, yang telah dihalang oleh rawatan TT tetapi tidak dengan pra-rawatan OMZ. mRNA COX-1 dan faktor pertumbuhan mengalami regulasi menaik manakala gen SOD, GST and iNOS mengalami regulasi menurun dengan pra-rawatan TT. Sebagai kesimpulan, pembentukan lesi gaster aruhan stres boleh dikaitkan dengan peningkatan stres oksidatif, inflamasi serta penurunan ekspresi faktor pertumbuhan. Hasil kajian ini mencadangkan bahawa TT dan OMZ berupaya untuk melindungi gaster daripada kesan buruk stres, berkemungkinan dengan cara menurunkan stres oksidatif dan inflamasi, serta meningkatkan kandungan faktor pertumbuhan gaster yang telah dikaitkan dengan penyembuhan lesi gaster aruhan stres. TT dan OMZ memberikan kesan perlindungan yang setara dalam mengurangkan kecederaan mukosa gaster akibat stres. |
Notes: | e-tesis |
Pages: | 55 |
Call Number: | QV20.5.N974k 2016 9HUKMPRA tesis n.1, QV20.5.N974k 2016 9HUKMPRA tesis n.2 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kesan tokotrienol ke atas perubahan faktor molekular gaster pada tikus yang diaruh stres .pdf Restricted Access | Partial | 693.3 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.