Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777536
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamed Yusoff Mohd Noor, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorKhairul Anwar Mastor, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorAhmad Zamri Mansor, Dr.en_US
dc.contributor.authorNoor Lina Mohd Yusuf (P92427)en_US
dc.date.accessioned2025-01-10T01:20:36Z-
dc.date.available2025-01-10T01:20:36Z-
dc.date.issued2024-01-22-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777536-
dc.description.abstractIsu kebolehpasaran graduan sentiasa dibangkitkan kerana kepentingannya terhadap pembangunan ekonomi negara selain membantu graduan menjana pendapatan bagi kelangsungan hidup. Komunikasi kepimpinan yang tidak meyakinkan menjadi salah satu faktor kegagalan graduan memenuhi hasrat majikan untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Kepimpinan khidmat komuniti menjadi sandaran terhadap usaha meningkatkan keupayaan komunikasi kepimpinan. Menjelang tahun 2030, keperluan guna tenaga oleh majikan amat menitikberatkan keupayaan kompetensi graduan melibatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membangunkan Model Komunikasi Kepimpinan Sebagai Pengantara Hubungan antara Kepimpinan Khidmat Komuniti dengan Kompetensi Graduan di IPTA berdasarkan model dan teori kepimpinan, komunikasi dan kompetensi. Reka bentuk kajian Convengent Parallel Design yang digunakan merupakan kaedah penyelidikan gabungan melibatkan kaedah kuantitatif (soal selidik) dan kualitatif (temu bual). Kajian rintis terhadap 30 responden dilakukan dan dianalisis menggunakan Model Pengukuran Rasch dan perisian Winstep. Soal selidik yang dikemas kini diedarkan kepada 409 orang alumni, graduan lepasan ijazah dari tiga universiti terpilih iaitu UM, UKM dan USM. Data kuantitatif yang diperolehi dari soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS berdasarkan nilai min dan sisihan piawai manakala analisis korelasi dan analisis inferensi menggunakan pendekatan Permodelan Persamaan Struktur (SEM) dengan perisian AMOS 21. Dapatan analisis kajian kuantitatif menunjukkan terdapat kesan sederhana positif yang signifikan antara konstruk kepimpinan khidmat komuniti dengan konstruk komunikasi kepimpinan. Manakala konstruk komunikasi kepimpinan sebagai pengantara terhadap konstruk kompetensi graduan mempunyai kesan tinggi positif yang signifikan menunjukkan kepentingannya terhadap kebolehpasaran graduan. Namun begitu, keputusan analisis bagi koefisien laluan konstruk kepimpinan khidmat komuniti terhadap konstruk kompetensi graduan menunjukkan hubungan sederhana positif yang signifikan tetapi tidak signifikan pada kesan. Dapatan analisis kajian menunjukkan setiap item dan dimensi memenuhi indeks kesepadanan bagi menentusahkan Model Komunikasi Kepimpinan Sebagai Pengantara Hubungan antara Kepimpinan Khidmat Komuniti dengan Kompetensi Graduan di IPTA. Data kualitatif yang diperolehi dari temu bual tiga orang majikan pula dianalisis berdasarkan analisis tematik yang menghasilkan tema dan sub tema kajian. Hasil temu bual adalah sebagai persepsi majikan terhadap kebolehpasaran graduan. Dapatan kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada mahasiswa, pengurusan fakulti universiti, pusat transformasi universiti, pusat perhubungan alumni universiti dan NGO agar pengalaman kepimpinan khidmat komuniti dalam pelaksanaan program khidmat komuniti dapat diperkasa untuk mengupaya mahasiswa sebagai komunikator berkesan yang berkompetensi tinggi bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectEducational leadershipen_US
dc.subjectLeadershipen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKomunikasi kepimpinan sebagai pengantara hubungan antara kepimpinan khidmat komuniti dengan kompetensi graduan di IPTAen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages304en_US
dc.identifier.callnoLB2806.N636 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007407en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Komunikasi kepimpinan sebagai pengantara hubungan antara khidmat komuniti dengan kompentesi graduan di IPTA.pdf
  Restricted Access
Full-text6.9 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.