Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777533
Title: Integrasi nasional beridentitikan Malaysia menerusi siri animasi Upin & Ipin
Authors: Muhamad Syahman Mahdi (P88443)
Supervisor: Yusmilayati Yunos, Dr.
Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, Dr.
Keywords: Cultural pluralism
Animated television programs
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Aug-2023
Abstract: Kajian ini mengenai integrasi nasional beridentitikan Malaysia menerusi siri animasi Upin & Ipin. Keperluan integrasi dalam pelbagai kaum adalah penting bagi menjamin perpaduan, ketenangan dan kesejahteraan hidup. Setiap kaum mempunyai kepercayaan dan budaya yang mementingkan hubungan dan interaksi sosial yang baik diterapkan dalam kehidupan. Siri animasi Upin & Ipin dipilih dalam kajian ini kerana berjaya mengetengahkan elemen integrasi beridentiti Malaysia dengan memaparkan pelbagai watak daripada pelbagai kaum dan latar cerita berdasarkan kepercayaan dan budaya serta telah diterima dengan baik oleh keseluruhan warga Malaysia. Permasalahan kajian ini ialah mengkaji elemen integrasi nasional beridentiti Malaysia menerusi siri animasi kerana sebelum ini tiada kajian terhadap siri animasi tempatan mengenainya. Objektif utama kajian adalah untuk menganalisis integrasi nasional beridentiti Malaysia menerusi siri animasi Upin & Ipin. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang mengambil masa 36 bulan dalam mengutip dan mengumpul data yang sesuai dengan kajian. Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu kajian lapangan dan kajian kepustakaan. Kajian lapangan memberi tumpuan kepada kaedah pemerhatian dan temu bual. Pemerhatian dilakukan dengan menonton siri animasi Upin & Ipin yang telah disiarkan dari tahun 2007 hingga 2017. Kaedah temu bual dilakukan dengan menggunakan temu bual separa struktur terhadap individu yang terbabit dalam dunia animasi tempatan dan juga dalam siri animasi Upin & Ipin. Kajian kepustakaan menyokong kajian ini dengan memberikan data sekunder yang diperolehi daripada pelbagai dokumen bercetak berkait dengan kajian. Data yang telah dikutip dan dikumpul perlu menjalani proses penyaringan untuk memperolehi data yang sesuai dan betul. Proses penyaringan ini menggunakan alat instrumen analisis kandungan teks, analisis tematik, teknik bacaan rapi dan teknik interpretasi teks. Kajian ini menggunakan model integrasi nasional untuk diaplikasi terhadap siri animasi Upin & Ipin bagi membuktikan integrasi nasional beridentiti Malaysia. Hasil penemuan baharu mendapati kandungan cerita dalam siri animasi Upin & Ipin amat berupaya menjelaskan elemen integrasi nasional beridentiti Malaysia. Elemen itu telah disampaikan dengan baik dalam bentuk plot cerita dan latar cerita yang berimej wajah Malaysia malah mudah diterima dan difahami terutamanya generasi muda pelbagai kaum. Oleh itu, sumbangan siri animasi Upin & Ipin adalah besar dalam membentuk warga Malaysia terutamanya generasi muda mengenai kefahaman dan keteguhan terhadap perpaduan kaum dalam usaha menjalani kehidupan sejahtera hidup.
Pages: 398
Call Number: HM1271.M834 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Intergrasi nasional beridentitikan Malaysia menerusi siri animasi Upin & Ipin.pdf
  Restricted Access
Full-text232.12 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.