Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777462
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNur Hana Hamzaid, Dr.en_US
dc.contributor.advisorSazlina Kamaralzaman, Dr.en_US
dc.contributor.advisorShobha Sharma, Dr.en_US
dc.contributor.advisorNurul Hazirah Jaafar, Dr.en_US
dc.contributor.advisorChern Phei Ming, Dr.en_US
dc.contributor.advisorNoor Akmal Shareela Ismail, Prof Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorHasnah Toran, Prof. Madyaen_US
dc.contributor.advisorNurul Izzaty Hassan, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorGhazali Yusri Abd Rahman, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorSakinah Kamal (P111596)en_US
dc.date.accessioned2024-12-30T22:47:53Z-
dc.date.available2024-12-30T22:47:53Z-
dc.date.issued2024-08-21-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777462-
dc.description.abstractIndividu dengan Palsi Serebral (CP) mengalami pelbagai isu kesihatan termasuk masalah pemakanan yang boleh menjejaskan status pemakanan mereka. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menguji keberkesanan modul pemakanan berdasarkan kerangka kerja International Dysphagia Diet Standardisation Initiative (IDDSI) bagi individu CP yang memerlukan pengubahsuaian tekstur makanan. Kajian ini mempunyai empat fasa berdasarkan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP). Pada fasa pertama, kajian analisis dan keperluan telah dijalankan untuk menentukan status pemakanan individu dengan CP yang memerlukan pengubahsuaian tekstur makanan. Seterusnya, temu bual secara mendalam telah dijalankan dalam kalangan 10 penjaga untuk meneroka amalan semasa, persepsi, cabaran, dan cara-cara untuk mengatasi cabaran dalam penyediaan makanan untuk anak-anak mereka. Perbincangan kumpulan fokus telah dijalankan dalam kalangan ahli profesional kesihatan untuk meneroka intervensi sedia ada yang diberikan kepada individu CP yang memerlukan pengubahsuaian tekstur makanan. Pada fasa kedua, pembangunan modul pemakanan telah dijalankan melalui penyatuan maklumat daripada kajian literatur dan dapatan yang diperoleh daripada kajian kualitatif. Modul pemakanan ini mengandungi tiga submodul. Submodul 1 menerangkan isu yang berkaitan dengan individu CP, penjelasan tentang kerangka kerja IDDSI, dan kaedah ujian piawai untuk tahap tekstur makanan yang berbeza. Submodul 2 mengandungi pautan resipi dan video memasak berdasarkan tahap IDDSI. Submodul 3 mengandungi maklumat tentang penggantian makanan untuk alahan makanan jika anak mempunyai alahan, tanda amaran ketika makan, alat untuk penyediaan dan pengubahsuaian makanan. Fasa ketiga menguji kebolehgunaan modul melalui kajian rintis yang melibatkan 13 penjaga. Fasa terakhir terdiri daripada eksperimen kuasi di kalangan 51 pasangan ibu/bapa/penjaga dan anak CP untuk menilai keberkesanan modul pemakanan. Perubahan skor dalam pengetahuan, pengukuran antropometri, pengambilan diet, dan kualiti hidup dinilai perbandingan antara bacaan pra intervensi dan tiga kali selepas intervensi. Hasil analisis dan keperluan menunjukkan 40.9% inidividu CP mengalamai kurang berat badan, ibu menghadapi cabaran apabila mengubah suai tekstur makanan, dan ahli profesional kesihatan bersetuju bahawa modul pemakanan boleh membantu dalam intervensi semasa mereka. Modul pemakanan yang dibangunkan mendapat skor cemerlang oleh ahli pakar panel; kesahan muka melebihi 95% dan nilai indeks kesahan kandungan melebihi 0.92. Pada fasa terakhir, Analisis Pengukuran Berulang ANOVA menunjukkan perbezaan yang signifikan tanpa mengira kumpulan antara skor pengetahuan pra intervensi dan pasca intervensi, F(2.65,130.03) = 20.99, p < 0.05, separa eta kuasa dua = 0.300. Pengambilan kalori, F(3,147) = 3.79, p = 0.012, separa eta kuasa dua = 0.072, pengambilan protein, F(3,147) = 7.51, p < 0.05, separa eta kuasa dua = 0.133, kualiti hidup ibu/bapa/penjaga, F(1.73,84.75) = 6.62, p = 0.003, separa eta kuasa dua = 0.119, dan kualiti hidup anak CP, F(1.53,74.79) = 5.87, p = 0.008, separa eta kuasa dua = 0.107 bertambah baik sepanjang masa dan mempunyai perbezaan yang ketara antara kumpulan kawalan dan intervensi. Secara keseluruhannya, modul pemakanan yang dibangunkan dilihat dapat memberi impak positif secara langsung kepada individu CP dan ibu/bapa/penjaga. Secara tidak langsung, ahli profesional kesihatan, guru di Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), masyarakat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), polisi, dan kementerian turut mendapat manfaat dari pembentukan modul inien_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectCerebral Palsyen_US
dc.subjectFeeding Behavioren_US
dc.subjectNutritional Statusen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan dan keberkesanan modul pemakanan berdasarkan kerangka kerja International Dysphagia Diet Standardisation Initiative (IDDSI) bagi individu palsi serebral (CP)en_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages411en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Falsafah Sains Kesihatanen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan dan keberkesanan modul pemakanan berdasarkan kerangka kerja.pdf
  Restricted Access
Partial7 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.