Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777449
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSiti Balkis Binti Budin, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorNorfadilah Rajab, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorIzzatus Shima Taib, Dr.en_US
dc.contributor.authorNoor Azreena Binti Abd Aziz (P89006)en_US
dc.date.accessioned2024-12-30T05:53:22Z-
dc.date.available2024-12-30T05:53:22Z-
dc.date.issued2022-09-23-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777449-
dc.description.abstractSindrom ovari polisistik atau dikenali sebagai PCOS merupakan penyakit sistem endokrin yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita pada usia reproduktif, yang mana dianggarkan sebanyak 6-7% mengalaminya. PCOS boleh menyebabkan pelbagai implikasi terhadap reproduktif, metabolik dan ciri-ciri psikologi wanita. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji ciri fizikal, profil biokimia dan profil protein serum bagi pesakit PCOS dan kawalan dalam kalangan pesakit infertiliti di Klinik Subfertiliti, LPPKN. Kajian ini merupakan kajian keratan rentas dan populasi dipilih melalui teknik persampelan bertujuan. Persampelan melibatkan pesakit wanita yang mendapat rawatan di Klinik Subfertiliti, LPPKN daripada Januari 2018 hingga November 2018. Kriteria pemilihan subjek bagi kumpulan PCOS adalah mengikut kriteria Rotterdam, 2004 manakala kumpulan kawalan adalah wanita subur yang datang untuk rawatan di LPPKN kerana masalah kesuburan yang disebabkan oleh suami. Pengekspresan protein dalam serum dianalisis menggunakan LCMS/MS (Liquid Chromatography with Tandem Mass Spectrometry). Seramai 134 wanita dengan purata umur 31.09 ± 9.0 tahun mengambil bahagian dalam kajian ini. Majoriti subjek adalah berbangsa Melayu iaitu seramai 128 orang (95.5%). Pesakit infertiliti PCOS yang datang mendapatkan rawatan di Klinik Subfertiliti LPPKN majoriti adalah didiagnos sebagai PCOS fenotip D melalui kriteria Rotterdam (90.6%). Wanita dikategorikan sebagai PCOS fenotip D apabila mempunyai polisistik ovari dan tidak mengalami ovulasi. Ujian pemeriksaan fizikal mendapati kumpulan PCOS mempunyai indeks jisim tubuh ≥ 30 kg/m2 seramai 44.0% (p<0.01), 72.6% (p<0.05) mempunyai ukur lilit pinggang ≥ 80 cm, 54.8% (p<0.001) mempunyai tekanan darah tinggi dan 26.2% (p<0.001) mengalami hirsutisme. Ujian hormon reproduktif iaitu progesteron, testosteron, FSH dan LH menunjukkan perbezaan siginifikan (p<0.05) antara kumpulan PCOS dan kumpulan kawalan. Walau bagaimanapun untuk ujian biokimia hanya HDL dan aras glukosa 2 jam pascaprandial mempunyai perbezaan signifikan (p<0.05) antara kumpulan PCOS dengan kawalan. Analisa proteomik mendapati hanya tiga protein dikenalpasti menunjukkan perbezaan pengekspresan yang signifikan (p<0.05) antara kumpulan PCOS dan kawalan iaitu (i) Hepatocyte growth factor-like protein; (ii) Fibrinogen alpha chain; (iii) Leucine-rich alpha-2-glycoprotein 1. Gen Ontologi (GO) untuk menerangkan fungsi protein yang signifikan dikenalpasti melalui pengkalan data UniProtKB mendapati protein ini terlibat dalam proses biologi motiliti sel, pengaktifan platelet dan proses metabolik lipid serta karbohidrat. Sementara itu, protein Leucinerich alpha-2-glycoprotein 1 mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan indeks jisim tubuh (p<0.001) dan ukur lilit pinggang (p<0.001). Kesimpulannya, protein Leucine-rich alpha-2-glycoprotein 1 berpotensi menjadi penanda biologi bagi pesakit infertiliti PCOS di LPPKN yang mana majoriti pesakitnya lebih cenderung mengalami masalah ovulasi dan obesiti. Oleh itu, terdapat keperluan untuk melaksanakan kajian menggunakan pendekatan proteomik terhadap pesakit PCOS kerana kajian menggunakan pendekatan ini adalah sesuatu yang baru di Malaysiaen_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPolycystic Ovary Syndromeen_US
dc.subjectEndocrine System Diseasesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKajian profil protein serum dengan faktor yang mempengaruhi sindrom ovari polisistik dalam kalangan pesakit infertilitien_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages117en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Kesihatanen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kajian profil protein serum dengan faktor yang mempengaruhi sindrom.pdf
  Restricted Access
Partial2.82 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.