Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777441
Title: | Implikasi penggunaan telefon pintar ke atas sistem akomodasi dan vergens mata dalam kalangan remaja |
Authors: | Thilageswary Chellapan (P103214) |
Supervisor: | Norlaila Mat Daud, Dr. Sumithira Narayanasamy, Dr. Ismarulyusda Ishak, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Vision, Binocular Visual Acuity Accommodation, Ocular Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 8-Aug-2024 |
Abstract: | Prevalen penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja adalah sangat membimbangkan di kebanyakan negara. Terutamanya, di Malaysia tahap penggunaan dan pemilikan telefon pintar adalah tinggi dalam kalangan remaja dimana mereka meluangkan kira-kira 187 minit setiap hari bagi alat elektronik. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti corak penggunaan telefon pintar dan implikasi penggunaan telefon pintar ke atas sistem akomodasi dan vergens mata dalam kalangan remaja Malaysia. Seramai 62 orang pelajar yang mempunyai purata umur 14.58 tahun telah terlibat dalam kajian ini. Satu soal selidik yang mengandungi 12 soalan telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengenalpasti corak penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja. Penilaian parameter akomodasi dan vergens telah dilakukan sebelum dan selepas penggunaan telefon pintar (30 minit). Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan telefon pintar adalah setiap hari (87.1%), pada jarak optimum (46.8%), melebihi enam jam sehari (32.2%) dan bertujuan untuk menonton filem video, permainan dan menyiapkan projek sekolah. Majoriti peserta tidak melaporkan faktor ketegangan mata dan perubahan preskripsi mata dengan penggunaan telefon pintar. Penggunaan telefon pintar selama 30 minit didapati menyebabkan penurunan bacaan amplitud akomodasi (t=2.66), fasiliti akomodasi (t=8.85) dan akomodasi relatif positif (t=14.11) dengan signifikan (p<0.001). Manakala, parameter lamban akomodasi mata kanan (t=18.21), lamban mata kiri (t=18.01) dan akomodasi relatif negatif (t=14.51) meningkat dengan penggunaan telefon pintar dengan signifikan (p<0.001). Bacaan titik dekat konvergens (t=22.97) dan vergens negatif pecah jauh (t=9.31) dan dekat (t=15.90) juga menurun dengan signifikan (p<0.001). Ujian korelasi mendapati bahawa, parameter titik dekat konvergens mempunyai hubungan bersifat negatif lemah yang signifikan terhadap corak kekerapan penggunaan telefon pintar (r=-0.276, p<0.05). Penggunaan telefon pintar secara kerap dan berterusan meningkatkan tekanan visual dan mengakibatkan kelemahan fungsi akomodasi dan vergens. Oleh itu, rehat yang kerap dan penjagaan kesihatan mata (peraturan 20-20-20) adalah wajib semasa menggunakan telefon pintar untuk merehatkan respons sistem akomodasi dan vergens. |
Notes: | e-tesis |
Pages: | 77 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Implikasi penggunaan telefon pintar ke atas.pdf Restricted Access | Full-text | 1.83 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.