Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776958
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sharina Abdul Halim, Prof. Madya Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Khadijah Alavi, Prof Madya. | en_US |
dc.contributor.advisor | Mustaffa Omar, Prof. Madya Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Nor Hafizah Mohd Fizer (P77474) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-12-12T01:51:28Z | - |
dc.date.available | 2024-12-12T01:51:28Z | - |
dc.date.issued | 2024-05-27 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776958 | - |
dc.description.abstract | Pembangunan memberi kesan kepada peningkatan salah satu daripada elemen kesejahteraan hidup iaitu jangka hayat. Justeru, di negara ini akan berlaku pertambahan warga emas yang mana ia seiring dengan situasi semasa. Namun demikian, peningkatan jangka hayat masih perlahan dalam kalangan warga emas Orang Asli. Secara relatifnya jangka hayat dan populasi mereka lebih rendah berbanding masyarakat arus perdana. Pembangunan yang disediakan di negara ini memberi kesan kepada warga emas secara umumnya tetapi bagi warga emas Orang Asli situasi mereka adalah berbeza. Oleh itu, kesejahteraan hidup warga emas Orang Asli dipersoal kerana jangka hayat yang rendah. Justeru penelitian kajian ini terhadap warga emas Temuan di Selangor, mempunyai empat objektif utama iaitu mengenalpasti status kesejahteraan hidup warga emas; mengkaji hubungan struktur keluarga dan sokongan sosial terhadap kesejahteraan hidup; menganalisis strategi lokal yang dapat meningkatkan kesejahteraan hidup; dan mencadangkan langkah intervensi yang bersesuaian ke arah kesejahteraan hidup warga emas Temuan. Kajian dijalankan di bandar dan pinggir bandar, dalam daerah Petaling dan Kuala Langat di Selangor. Pendekatan kajian adalah secara mod campuran kuantitatif dan kualitatif, iaitu sebanyak lapan buah kampung terlibat merangkumi 261 warga emas Temuan menjadi responden kepada soal selidik; 45 warga emas Temuan menjadi informan utama dan agensi kerajaan telah ditemubual secara bersemuka. Hasil dapatan kajian menunjukkan nilai kumulatif indeks kesejahteraan hidup warga emas Temuan di bandar dan pinggir bandar berada di tahap sederhana. Dari sudut domain, hanya ekonomi sahaja menunjukkan nilai indeks berada di tahap rendah di bandar dan pinggir bandar. Petempatan di bandar, kawasan Rancangan Penempatan Semula dan Rancangan Pengumpulan Semula jelas menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh warga emas dalam mengharungi pembangunan semasa. Domain budaya dan psikologi adalah signifikan kedua-duanya di bandar dan pinggir bandar, dan perlu diambilkira sebagai elemen utama dalam kesejahteraan hidup selain daripada yang terdapat dalam Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Malaysia (DWEN). Selain itu, sokongan sosial juga memberi kesan kepada kesejahteraan hidup warga emas. Manakala dari sudut strategi lokal menunjukkan mereka masih lagi aktif dengan aktiviti sosial bersama keluarga dan komuniti. Bagi meningkatkan lagi kesejahteraan hidup, intervensi berkaitan sosial, ekonomi, persekitaran dan kesihatan perlu diperhalusi semula dengan mengambilkira keperluan warga emas Temuan. Secara keseluruhan, warga emas Temuan tidak menerima kesan ketara dalam perubahan arus pemodenan yang merubah peranan dan status warga emas. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Cultural identity -- Indigenous peoples | en_US |
dc.subject | Elderly -- Well-being | en_US |
dc.subject | Orang Asli -- Social conditions | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Kesejahteraan hidup warga emas Temuan: Kajian kes di bandar dan pinggir bandar Selangor | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 280 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Institute of Climate Change / Institut Perubahan Iklim |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kesejahteraan hidup warga emas temuan kajian kes di bandar dan pinggir bandar Selangor.pdf Restricted Access | Full-text | 3.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.