Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776956
Title: | Impak transformasi digital dalam pengurusan strategik dan kesejahteraan pekerja di klinik dan hospital kerajaan ke arah kelestarian revolusi industri ke-empat (4IR) di Malaysia |
Authors: | Mohd Firdaus Mohd Arif (P103823) |
Supervisor: | Goh Choo Ta, Prof ChM Dr. Mazlin Mokhtar, Prof Dato' Dr Lee Khai Ern, Prof Dato' Dr. Ts Sharina Abdul Halim, Prof Madya Dr. |
Keywords: | Digital transformation Health services administration Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-Jun-2024 |
Abstract: | Transformasi digital disorot sejak bermulanya revolusi perindustrian pada abad ke-18 apabila revolusi ini dikesan di Britain melalui penggunaan enjin pada mesin yang menjadi pemangkin kepada teknologi dan inovasi yang berkembang mengikut fasa-fasa tertentu. Walaubagaimanapun, transformasi digital mungkin menimbulkan kekangan pada kalangan pekerja apabila melaksanakannya, sama ada dari aspek pengurusan mahupun kesejahteraan pekerja. Laporan Ketua Audit Negara Persekutuan Tahun 2018 mendedahkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghadapi kekangan/halangan dalam mengurus dan menyediakan perkhidmatan meliputi aktiviti pengurusan pencapaian kewangan, beban kerja pekerja, pengurusan kemudahan kecemasan, dan keupayaan teknologi maklumat. Maka, kajian ini mengkaji pelaksanaan, penggunaan dan kemajuan transformasi digital dalam pengurusan strategik di klinik dan hospital kerajaan, dan juga kesannya terhadap kesejahteraan kakitangan di tempat berkenaan. Kajian ini meliputi 6 hospital dan 6 klinik kesihatan menggunakan kaedah mod campuran. Untuk analisis kuantitatif, soal selidik yang mengandungi 49 item telah dibangunkan, dan seterusnya dijawab oleh 405 responden yang menggunakan sistem digital dan 385 responden yang tidak menggunakan sistem digital di tempat kerja. Bagi analisis kualitatif, seramai 8 responden telah ditemubual melalui 47 soalan di mana 6 responden adalah daripada kalangan pengguna sistem. Ketekalan sela keyakinan pada skala Cronbach alpha bagi soal-selidik kuantitatif adalah 0.877. Dalam aspek kesejahteraan, kajian mendapati transformasi digital memberi impak positif terhadap kesejahteraan psikologi kakitangan perkhidmatan kesihatan pada lima daripada enam dimensi yang diuji dimana dimensi mahir persekitaran, perkembangan kendiri dan hubungan positif memberi pengaruh yang amat besar. Manakala kesejahteraan psikososial menunjukkan kesejahteraan pada kelima-lima elemen yang diuji. Elemen sosio-teknikal melalui penilaian empirikal menunjukkan perkaitan signifikan yang tinggi pada elemen infrastuktur dan elemen budaya bagi penggunaan sistem digital. Penelitian mendapati medium transformasi digital yang dilaksanakan di klinik dan hospital kerajaan mempunyai kelebihan kompetitif untuk dikembangkan ke fasiliti-fasiliti lain di seluruh negara. Penerimaan transformasi digital didapati berbeza mengikut fasiliti dimana ianya lebih diterima di hospital. Analisa transformasi digital sebagai pemangkin kelestarian mendapati bahawa fasiliti memainkan peranan penting iaitu di mana transformasi digital itu dilaksanakan; faktor demografi seperti jawatan dan tempoh perkhidmatan mempunyai kolerasi negatif yang signifikan (nilai-p < 0.05) terhadap elemen teknologi, ekonomi, alam sekitar dan politik. Dapatan kajian yang dibentangkan telah melalui proses-proses analisis faktor dan hubungkaitnya iaitu Ukuran Kecukupan Persampelan melalui Ujian Kaiser-Meyer- Olkin (KMO) dan Bartlett's Sphericity, Ujian Kotak Kesamaan Matriks Kovarian yang juga dikenali Ujian Box-M dan matriks kolerasi faktor. Selain menentusah data adalah taburan normal, nilai signifikan yang diperolehi seperti communalities, matriks komponen dan eigen telah digunakan sebagai justifikasi Ujian-t, Ujian korelasi dan Ujian Manova terhadap faktor-faktor yang dikaji. Kajian dengan konsep positivist ini mengelakkan penyetaraan agar dapatan tidak bersifat deduktif. Analisis kualitatif didalami melalui Penerangan Reka Bentuk Berjujukan menggunakan kaedah interpretasi praktikal penilaian kluster tematik. Kajian membangunkan pengukuran kesejahteraan implementasi digital melalui kerangka yang dinamakan SISK agar |
Pages: | 266 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of Climate Change / Institut Perubahan Iklim |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Impak transformasi digital dalam pengurusan strategik dan kesejahteraan pekerja di klinik dan hospital kerajaan ke arah kelestarian revolusi industri ke -empat(4IR) di Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.