Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776954
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSharifah Zarina Syed Zakaria, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorMuhammad Rizal Razman, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorNuriah Abd Majid, Dr.en_US
dc.contributor.authorNabila Nurul Hawa (P107389)en_US
dc.date.accessioned2024-12-12T01:47:22Z-
dc.date.available2024-12-12T01:47:22Z-
dc.date.issued2024-06-25-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776954-
dc.description.abstractPendidikan adalah satu upaya untuk mewujudkan kelestarian berdasarkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs). Di Indonesia dan Malaysia, pendidikan untuk kelestarian diajarkan terintegrasi dengan subjek pelajaran di sekolah, salah satunya geografi. Geografi mengandungi topik berkaitan fenomena yang berlaku di permukaan bumi dan kesannya terhadap kehidupan, sehingga konsep kelestarian dalam subjek ini perlu dikaji lebih lanjut. Kajian mengambil tumpuan pada kurikulum geografi di Indonesia dan Malaysia kerana latar belakang kedua negara yang serumpun dengan kondisi geografi hampir sama. Kajian ini bertujuan membentuk satu kerangka pengajaran bagi menerapkan elemen kelestarian dalam pendidikan Geografi, untuk menyokong dan mewujudkan Matlamat keempat dalam SDGs, iaitu pendidikan berkualiti. Kaedah kajian yang digunakan adalah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif menggunakan pendekatan analisis dokumen kurikulum pendidikan Geografi dan temu bual kepada guru Geografi kedua-dua negara. Manakala kaedah kuantitatif menggunakan tinjauan soal selidik kepada pelajar sekolah menengah kedua-dua negara. Dapatan objektif pertama, kedua, dan ketiga menjadi dasar untuk mencapai objektif keempat, iaitu membentuk kerangka pengajaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kurikulum Geografi kedua-dua negara mengandungi elemen kelestarian ekonomi, sosial, dan alam sekitar. Penemuan kajian juga mendapati aspek pengetahuan pelajar di kedua-dua negara lebih rendah daripada aspek sikap atau tingkah laku. Hal ini dimungkinkan kerana adanya faktor niat dan kawalan peribadi pelajar dalam bersikap serta adanya keterbatasan aktiviti pembelajaran semasa pandemik. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan kaedah pengajaran di dalam bilik darjah dan luar bilik darjah. Kaedah pengajaran di dalam bilik darjah adalah perbincangan, pembelajaran berbasis masalah, menonton video, dan kerja amali. Manakala kaedah pengajaran di luar bilik darjah adalah observasi, kerja lapangan, pembelajaran berbasis projek, dan mitigasi bencana. Keseluruhan hasil dapatan menghasilkan kerangka pengajaran yang mengandungi elemen kelestarian dalam pendidikan Geografi dengan tiga komponen utama iaitu kurikulum, aktiviti pembelajaran, dan penilaian. Dapatan kajian memberi implikasi bagi pihak berkuasa di Indonesia dan Malaysia untuk menyusun kurikulum yang mengandungi kelestarian dalam kurikulum Geografi. Kajian lanjut dijangka dapat meneruskan penyelidikan berkaitan pendidikan kelestarian untuk subjek-subjek serta negara-negara lain.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)en_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectSustainable development -- Study and teachingen_US
dc.subjectCurriculum developmenten_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleElemen kelestarian dalam kurikulum pendidikan geografi di Indonesia dan Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages156en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Institute of Climate Change / Institut Perubahan Iklim

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Elemen kelstarian dalam kurikulum pendidikan geografi di Indonesia dan Malaysia.pdf
  Restricted Access
full-text2.68 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.