Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776638
Title: | Kesan madu kelulut ke atas hipokampus tikus yang terinduksi sindrom metabolik |
Authors: | Nurul 'Ain Arshad (P86529) |
Supervisor: | Mohamad Fairuz Yahaya, Dr. Teoh Seong Lin, Dr. |
Keywords: | Metabolic Syndrome -- prevention & control Honey |
Issue Date: | 17-Jan-2019 |
Abstract: | Sindrom metabolik (MetS) adalah masalah yang kian meningkat di peringkat global. Ia meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular aterosklerosis, penyakit diabetes melitus jenis 2 (T2DM) dan juga kematian. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa MetS memainkan peranan penting dalam perkembangan penyakit Alzheimer (AD), gangguan tingkahlaku dan penyakit neurodegeneratif lain. Penggunaan sebatian antioksidan didapati boleh memberi manfaat kepada kesihatan otak, melalui pengurangan tekanan oksidatif otak dan meningkatkan prestasi kognitif pada haiwan. Madu lebah tanpa sengat, atau dikenali sebagai madu Kelulut mempunyai kandungan fenolik yang lebih tinggi berbanding madu tempatan yang lain. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesan-kesan madu Kelulut pada hipokampus tikus MetS aruhan diet. Sebanyak 40 tikus Wistar jantan dibahagikan kepada lima kumpulan; kumpulan kawalan lapan minggu (C8), kumpulan kawalan 16 minggu (C16), kumpulan yang menerima diet karbohidrat dan fruktosa yang tinggi (HCHF) selama lapan minggu (MS8), kumpulan yang menerima diet HCHF selama 16 minggu (MS16) dan kumpulan KH yang menerima diet HCHF enam belas minggu dengan tambahan madu Kelulut selama 35 hari. Selepas tempoh yang diberikan, profil glukosa dan lipid darah berpuasa diuji dan tekanan darah diukur. Tahap memori ruang mereka diuji menggunakan Morris water maze dan tahap keresahan mereka ditentukan menggunakan ujian lapangan terbuka. Tahap glukosa darah berpuasa menunjukkan penurunan ketara bagi kumpulan KH berbanding kumpulan MS16. Serum trigliserida menunjukkan aliran menurun bagi kumpulan KH berbanding kumpulan MetS. Tahap HDL dan LDL berkurangan dengan ketara bagi kumpulan MetS berbanding kumpulan kawalan. Ujikaji prob Morris water maze menunjukkan peratusan masa yang dihabiskan pada kuadran sasaran meningkat dengan ketara bagi kumpulan KH berbanding kumpulan MS16. Manakala ujikaji lapangan terbuka menunjukkan peratusan masa di zon tengah bertambah dengan ketara bagi kumpulan KH berbanding kumpulan MetS. Kajian histologi yang menggunakan pewarnaan Nissl menunjukkan pengurangan bilangan sel piramida yang ketara bagi hipokampus kumpulan MS16 berbanding kumpulan KH. Madu Kelulut didapati mampu memulihkan glukosa darah ke tahap biasa dan mengurangkan tahap serum trigliserida dan LDL dalam tikus MetS. Ujikaji tingkahlaku menunjukkan kumpulan yang diberi tambahan madu Kelulut mempamerkan hasil yang lebih baik berbanding kumpulan MetS. Hasil ini menunjukkan peranan penting madu Kelulut dalam memerangi penyakit neurodegeneratif melalui aktiviti antioksidan polifenol yang terdapat dalam madu tersebut. |
Notes: | e-tesis |
Pages: | 170 |
Call Number: | QS20.5.N9741k 2019 9HUKMPRA tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kesan madu kelulut ke atas hipokampus tikus yang terinduksi sindrom metabolik.pdf Restricted Access | Full-text | 2.86 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.