Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776531
Title: Analisis perundangan terhadap pempatenan kaedah menjalankan perniagaan oleh institusi perbankan di Malaysia
Authors: Nurul Elliyama Abdul Jamal (P124261)
Supervisor: Zinatul Ashiqin Zainol, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Banks and banking
Business and economics
Intellectual property -- Patents
Issue Date: 30-Jul-2024
Abstract: Kaedah menjalankan perniagaan pada masa kini adalah tidak sama seperti kaedah menjalankan perniagaan pada masa lalu. Selari dengan kemajuan pasaran, reka cipta kaedah menjalankan perniagaan telah diperkenalkan melalui penggunaan teknologi baharu bagi melancarkan urusan industri perbankan. Di Malaysia, perundangan yang melindungi reka cipta diperuntukkan dalam Akta Paten 1983. Namun, Akta Paten 1983 secara khususnya memperuntukkan bahawa reka cipta kaedah menjalankan perniagaan adalah reka cipta yang tidak boleh dipatenkan. Oleh itu, penyelidikan ini adalah untuk: (i) mengenalpasti konsep reka cipta kaedah menjalankan perniagaan, Fintech dan penglibatan institusi perbankan dalam aktiviti paten; (ii) menganalisis syarat kebolehpatenan reka cipta di peringkat antarabangsa, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Malaysia; (iii) mengkaji perundangan mempatenkan reka cipta kaedah menjalankan perniagaan dan statistik pemfailan paten dengan Amerika Syarikat, United Kingdom dan Malaysia; dan (iv) mencadangkan pindaan perundangan bagi mempatenkan kaedah menjalankan perniagaan oleh institusi perbankan di Malaysia. Penyelidikan ini menjalankan kaedah penyelidikan doktrinal yang menggunapakai kaedah penyelidikan undang-undang secara kualitatif berpaksikan pendekatan penyelidikan iaitu deskriptif-analisis. Pendekatan deskriptif digunakan untuk menerangkan syarat kebolehpatenan reka cipta secara amnya di peringkat antarabangsa dan nasional, syarat kebolehpatenan reka cipta kaedah menjalankan perniagaan secara khususnya dan aktiviti pemfailan paten reka cipta kaedah menjalankan perniagaan oleh institusi perbankan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Malaysia. Dapatan menunjukkan walaupun Malaysia belum mengiktiraf perlindungan reka cipta kaedah menjalankan perniagaan di dalam Akta Paten 1983, CIMB Group Sdn Bhd dan Malayan Banking Berhad telah berjaya mempatenkan reka cipta kaedah menjalankan perniagaan di Malaysia. Dapatan juga menunjukkan bahawa Malaysia mula mengiktiraf kebolehpatenan kaedah menjalankan perniagaan melalui peruntukan di dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh MyIPO. Sehubungan dengan itu, penyelidikan ini mencadangkan supaya Akta Paten 1983 dipinda bagi memastikan undang-undang adalah selari dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pejabat paten.
Notes: e-tesis
Pages: 169
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Analisis perundangan terhadap pempatenan kaedah menjalankan perniagaan oleh institusi perbankan di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text3.5 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.