Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776529
Title: Kerangka perundangan industri sukan ketika pandemik di Malaysia
Authors: Zairul Izzain Ibrahim (P108865)
Supervisor: Jady @ Zaidi Hassim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Sports administration
Sports -- Safety measures
Issue Date: 19-Aug-2024
Abstract: Sukan berkembang dan berevolusi dengan begitu progresif. Bermula sebagai satu aktiviti fizikal dan kini menjadi suatu industri yang bernilai jutaan ringgit. Penyelidikan ini akan menelusuri sejarah sukan dan pandangan para sarjana sosiologi dan undangundang. Undang-undang dan peraturan perlu bagi memastikan sukan boleh menjadi suatu aktiviti yang selamat, relevan dan berdaya saing. Walau bagaimanapun, wabak pandemik mengubah segalanya. Wabak yang mula dikesan pada Disember 2019 ini bukan sahaja menyebabkan nyawa manusia terkorban, malah segala aktiviti sosial masyarakat berubah sama sekali termasuklah industri sukan. Sejarah telah merekodkan bahawa Malaysia sentiasa terdedah kepada penularan wabak penyakit berjangkit seperti Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan (Acquired Immunodeficiency syndrome, AIDS), wabak virus Nipah, (Japanese Encephalitis, JE), Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Severe Acute Respiratory Syndrome ,SARS) dan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah ( Middle East Respiratory Sysdrome Coronavirus, MERS-CoV). Setiap kali wabak seperti ini berlaku, aktiviti manusia akan terjejas. Ketika negara lain sudah mula membuat pelbagai persediaan untuk memastikan aktiviti manusia berjalan seperti sedia kala termasuk membenarkan aktiviti sukan dijalankan seawal suku kedua dan ketiga tahun 2020, Malaysia mengambil langkah yang sedikit perlahan untuk membenarkan aktiviti sukan dijalankan semula. Persoalannya, adakah Malaysia mempunyai suatu kerangka perundangan khusus dalam sektor sukan yang kekal mampan dan kalis pandemik bagi memastikan aktiviti sukan dapat berjalan seperti biasa? Oleh itu penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah terdapat apa-apa garis panduan yang digunakan oleh badan berwajib dalam melindungi kepentingan mereka yang terlibat dalam industri sukan. Penyelidikan ini juga akan meneliti kerangka perundangan yang digunakan oleh negara sukan dan persekutuan sukan. Negara-negara sukan seperti Australia dan United Kingdom dan persekutuan badan sukan iaitu Fédération Internationale de Football Association (FIFA) dipilih kerana mempunyai kerangka perundangan yang komprehensif dan mampan. Kajian ini mendapati bahawa belum ada sebarang dasar khusus untuk industri sukan atau peruntukan undang-undang bagi menjaga kepentingan industri sukan semasa pandemik. Pembaharuan perundangan dan institusi khusus perlu dicadangkan dan diperkenalkan. Industri sukan perlu dilindungi kerana ia memiliki potensi yang cukup besar yang bukan sahaja memberikan pulangan dari sudut ekonomi semata-mata, malah turut menyumbang kepada peningkatan tahap kesihatan fizikal dan mental individu.
Notes: e-tesis
Pages: 201
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kerangka perundangan industri sukan ketika pandemik di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text3.8 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.