Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776509
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSalmaan Hussain Inayat-Hussain, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorChan Kok Meng, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.advisorNeoh Hui-Min, Dr.en_US
dc.contributor.authorRuhana Hamzah (P64865)en_US
dc.date.accessioned2024-11-12T01:37:10Z-
dc.date.available2024-11-12T01:37:10Z-
dc.date.issued2016-07-18-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776509-
dc.description.abstractGlioblastoma multiforme (GBM) merupakan sel kanser otak primer yang paling kerap berlaku. Sifat invasif dan keupayaan proliferatifnya menyebabkan GBM amat sukar untuk dirawat hingga menyumbang kepada kadar kemandirian purata pesakit kurang daripada 12 bulan. Walaupun terdapat pelbagai dadah kemoterapi, namun penggunaan dadah terbabit sering menunjukkan kegagalan apabila sel tersebut mula menunjukkan kerintangan rawatan. Kandungan NQO1 yang tinggi dipercayai menjadi salah satu punca kerintangan sel dengan menghalang mekanisme tindakan penghasilan spesies oksigen reaktif (ROS) yang seterusnya menyebabkan penurunan efisiensi rawatan. Ekspresi protein ini dikawalatur oleh gen pengawalatur apoptosis iaitu Finkel-Biskis Reilly murine sarcoma virus (FBR-MuSV)-associated ubiquitously expressed (FAU). Dalam kajian ini, sebatian yang berasaskan alam semula jadi iaitu goniothalamin (GTN) digunakan sebagai alternatif kepada rawatan sedia ada . Sebatian ini terkenal dengan kepelbagaian aktiviti biologi termasuk kesan ketoksikan terhadap beberapa sel kanser selanjar. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah bagi mengkaji kesan sitotoksik GTN terhadap sel glioma manusia serta menentukan peranan FAU dan NQO1 dalam kesan ketoksikan GTN pada sel GBM. Untuk tujuan ini, keberkesanan GTN dalam merencat proliferasi, migrasi, invasi telah dikaji dengan menggunakan asai 3-(4,5-dimethylthiazol-2-yl)-2,5-difenil tetrazolium bromida (MTT) dan kit Boyden Chamber Transwell migration assay. Hasil menunjukkan GTN merencat proliferasi sel glioma (p<0.05) dengan kesan yang lebih poten terhadap sel selanjar LN-18 (Gred 4) berbanding sel selanjar SW 1783 (Gred 3) dan 1321 N1 (Gred 2) dengan IC50 21 µM, 46 µM and 66 µM. Walau bagaimanapun, kesan anti-migrasi GTN adalah lebih poten pada sel selanjar 1321 N1, SW 1783 dan LN-18. Sel glioma yang dirawat pada kepekatan yang tinggi menunjukkan kesan anti-migrasi GTN yang dikaitkan dengan penurunan ekspresi aquaporin-1 (AQP-1) dan matrix metalloproteinase-9 (MMP-9). Penilaian sitometer aliran aras spesies oksigen reaktif (ROS) menggunakan pewarnaan Mitosox menunjukkan terdapat peningkatan aras ROS pada sel glioma (p>0.05) aruhan GTN. Menariknya, ekspresi protein Finkel Biskis-Reilly murine sarcoma virus (FBR-MuSV)-associated ubiquitously expressed (FAU) serta aktiviti NAD(P)H: kuinon oksidoreduktase 1 (NQO1) meningkat mengikut gred glioma (p<0.05) seperti yang diukur berdasarkan ekspresi protein dan aktiviti enzim menggunakan teknik immunoblot dan asai 2,6-diklorofenolindofenol (DCPIP). Peningkatan protein FAU dan NQO1 mencadangkan bahawa protein ini memainkan peranan dalam sifat keagresifan GBM. Pengawalaturan menurun FAU menggunakan siRNA pada sel LN-18 menyebabkan peningkatan pada aktiviti migrasi dan penurunan kesan sitotoksik aruhan GTN. Paling ketara, pengawalaturan menurun FAU menyebabkan peningkatan ekspresi AQP-1 dan NQO1 yang mana keadaan ini menyumbang kepada peningkatan aktiviti migrasi dan kerintangan sel (p<0.05). Oleh itu, hasil kajian mencadangkan peranan FAU dan NQO1 dalam sitotoksisiti aruhan GTN, justeru menyumbang pada penemuan gen sasaran bagi rawatan GBM.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationUKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)en_US
dc.subjectGlioblastomaen_US
dc.subjectBrain Neoplasmsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.titlePeranan FAU dan NQ01 dalam sitotoksisiti aruhan Goniothalamin ke atas sel Glioblastoma Multiformeen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages46en_US
dc.identifier.callnoQU20.R933p 2016 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002190686en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sainsen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:UKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Peranan FAU dan NQ01 dalam sitotoksisiti aruhan Goniothalamin ke atas sel Glioblastoma Multiforme.pdf
  Restricted Access
Partial657.79 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.