Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776508
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wan Zurinah Wan Ngah, Prof. Dato' Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Noor Akmal Shareela Ismail, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Qurratu 'Aini Musthafa (P73267) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-11-12T01:30:36Z | - |
dc.date.available | 2024-11-12T01:30:36Z | - |
dc.date.issued | 2017-09-12 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776508 | - |
dc.description.abstract | Penyakit arteri koronari pramatang (premature coronary artery disease, PCAD) meliputi hampir 10% daripada jumlah keseluruhan kes penyakit arteri koronari (coronary artery disease, CAD) di seluruh dunia dan Malaysia. Patogenesis CAD berpunca daripada interaksi kompleks antara pelbagai gen dan faktor persekitaran. Kajian mengenai polimorfisme nukleotida tunggal (single nucleotide polymorphisms, SNP) telah menjumpai kaitan dengan risiko CAD namun, kajian yang melibatkan PCAD masih lagi terhad. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk membandingkan hubungan SNP sasaran dengan tekanan oksidatif dalam PCAD dengan CAD. Tiga puluh subjek direkrut untuk setiap kumpulan kawalan <45, pesakit <45 (PCAD), kawalan >60 dan pesakit >60 (CAD). Kandungan karbonil protein plasma, aras glutation (GSH), nisbah GSH/glutation disulfida (GSSG) dan aktiviti glutation peroksidase (GPx) dalam sel darah merah diukur menggunakan kit asai Cayman Chemical manakala, protein C reaktif bersensitif tinggi (hsCRP) dalam plasma diukur menggunakan kit asai BioVendor. Aras malondialdehid (MDA) dan isomer vitamin E dalam plasma pula diukur menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC). Polimorfisme gen pula ditentukan dengan menggunakan SNP atur daripada Illumina yang melibatkan 96 SNP sasaran dalam 87 gen. Kandungan karbonil protein dan aras hsCRP dilihat lebih tinggi secara signifikan dalam kedua-dua kumpulan PCAD dan CAD berbanding kumpulan padanan umur. Manakala aras GSH, nisbah GSH/GSSG dan aktiviti GPx menurun secara ketara dalam kumpulan PCAD berbanding kumpulan <45 tetapi tidak mempunyai perbezaan yang signifikan dalam kumpulan CAD. Aras MDA juga dilihat lebih tinggi secara ketara hanya dalam kumpulan PCAD apabila dibandingkan dengan kawalan <45. Bagi pengukuran isomer vitamin E, hanya α-tokotrienol menunjukkan penurunan secara signifikan dalam kumpulan PCAD berbanding kawalan padanan umur manakala, semua isomer vitamin E dalam CAD tidak menunjukkan sebarang perbezaan ketara apabila dibandingkan dengan kawalan >60. Hubungan antara polimorfisme gen dengan penyakit arteri koronari dan tekanan oksidatif masing-masing dianalisis menggunakan regresi logistik binomial dan ujian regresi linear. Daripada 96 SNP, hanya polimorfisme pada gen PDRX6 (rs7314) mempunyai hubungan yang signifikan dengan risiko penyakit arteri koronari pramatang [OR (95%CI): 3.80(1.11-13.03), p<0.05] manakala polimorfisme pada gen FLT1 (rs9508025) berhubung kait secara signifikan dengan penyakit arteri koronari matang [OR (95%CI): 5.4(1.12-26.04), p<0.05]. Menariknya, kedua-dua gen tersebut juga mempunyai hubung kait dengan tapak jalan tekanan oksidatif. Terdapat juga varian gen dalam SNP sasaran iaitu FOXO3 (rs4946936), CR1 (rs3818361) dan FLT1 (rs9508025) yang mempunyai kaitan dengan sindrom metabolik. Kesimpulannya, PCAD dan CAD mempunyai perbezaan SNP yang terlibat dalam tapak jalan tekanan oksidatif dan sindrom metabolik menjadikannya berpotensi sebagai penanda risiko CAD dan sasaran untuk agen terapeutik. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Coronary Artery Disease | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.title | Kaitan polimorfisme nukleotida tunggal dengan status oksidatif dalam penyakit arteri koronari pramatang | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.description.notes | e-tesis | en_US |
dc.format.pages | 71 | en_US |
dc.identifier.callno | QU20.Q9K 2017 9HUKMPRA tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 00002202487 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Sarjana Sains Perubatan (Biokimia) | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Terhad/Restricted | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kaitan polimorfisme nukleotida tunggal dengan status oksidatif dalam penyakit arteri koronari pramatang.pdf Restricted Access | Partial | 896.05 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.