Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776291
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Syafinaz Yaakob, Dr.en_US
dc.contributor.advisorNorazrina Azmi, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorJuriyati Jalil, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorSatirah Zainalabidin, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorChua, Eng Wee, Dr.en_US
dc.contributor.authorLiyana Shafiqah Sahul Hamid (P110191)en_US
dc.date.accessioned2024-10-27T23:17:45Z-
dc.date.available2024-10-27T23:17:45Z-
dc.date.issued2024-02-08-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776291-
dc.description.abstractKetagihan nikotin mengakibatkan aktiviti merokok berpanjangan yang menyumbang kepada banyak penyakit tidak berjangkit di seluruh dunia. Oleh itu, lebih banyak kajian harus dijalankan untuk mencari solusi dan mengurangkan kebergantungan kepada nikotin. Pada masa yang sama, kajian genetik melaporkan hubungkait ketagihan nikotin dengan reseptor serotonin subjenis 3 (5-HT3R). Seiring pembangunan perubatan tradisional dan komplementari, kami berhasrat untuk menilai implikasi ekstrak halia, sebatiannya 6-gingerol, (6G; antagonis 5-HT3R) dan penggunaan semula ubat antiemetik palonosetron, (PAL: antagonis 5-HT3R) dalam ketagihan nikotin kronik. Sebatian penanda, 6G dan 6-shogaol (6S) dalam ekstrak halia berasaskan tanah (BT) dan hidroponik (HP) dibandingkan menggunakan kromatografi cecair prestasi tinggi. Kepekatan 6G dalam ekstrak halia etanol 95% HP segar yang dikeringkan (HP2) (0.748%), dan ekstrak halia BT (1.012%) adalah tinggi walaupun kedua-dua ekstrak berbeza dengan ketara antara satu sama lain. Peratus kepekatan 6S dalam semua ekstrak halia adalah tidak signifikan. Ekstrak HP2 digunakan untuk rawatan seterusnya dan ekstrak piawai 6G (GE) dengan 3 dos (70 mg/kg [GE70], 100 mg/kg [GE100] dan 130 mg/kg [GE130]) telah disediakan. Model mencit Swiss Albino diaruh terhadap ketagihan nikotin kronik dengan diberikan nikotin (1mg kg/) secara berterusan selama 28 hari dan kecenderungan terhadap nikotin dinilai menggunakan ujian pelaziman kecenderungan tempat (CPP) yang dijalankan dalam tiga fasa. Mencit yang telah menunjukkan skor kecenderungan nikotin yang ketara (Ujian 2) kemudiannya diberi rawatan (Ujian 3). Mencit dibahagikan secara rawak kepada kumpulan kawalan sihat (larutan garam biasa), kawalan negatif (nikotin 1 mg/kg, (NIK)), kawalan positif (bupropion (BUP) 1 mg/kg + NIK), dan kumpulan rawatan iaitu PAL (10 mg/kg) + NIK, 6G (70 mg/kg) + NIK, GE 70 + NIK, GE 100 + NIK dan GE 130 + NIK. Kumpulan mencit BUP + NIK, 6G + NIK dan GE 100 + NIK menunjukkan penurunan ketara kecenderungan nikotin antara Ujian 2 dan 3. Seterusnya, penanda anti-oksidan dan tekanan oksidatif ke atas ginjal dan jantung mencit telah dikaji. Nikotin mengurangkan tahap glutation (GSH) dengan ketara dalam ginjal dan rawatan GE 100 mampu membalikkan kesan ini. Parameter berkenaan kerosakan oksidatif yang lain tidak dapat dibaikpulih oleh rawatan 6G dan GE. Tisu otak mencit telah digunakan untuk analisis PCR untuk mengkaji perubahan ekspresi gen. Kami mendapati bahawa kumpulan mencit NIK menunjukkan corak peningkatan ekspresi gen dalam Htr3a, Htr2c, Chrnb2, dan Drd2 manakala corak berkurangan dalam gen Htr3b, Htr2a, Chrna7, dan Drd1 berbanding SAL. Sementara itu, peningkatan corak ekspresi gen berbanding NIK dilihat dalam kumpulan rawatan BUP + NIK (Htr3a, Htr3b dan Htr2c), PAL + NIK (Chrna4, Chrna7 dan Drd2), 6G + NIK (Htr2a, Htr2c dan Chrna4), dan GE 100 + NIK [Chrna4 (p<0.05), Chrna7, Chrnb2 dan Htr3b]. Secara keseluruhannya, kami mendapati bahawa ekstrak halia dan sebatiannya 6G berpotensi mengurangkan ketagihan kronik nikotin. Kajian lanjut harus dijalankan untuk memahami interaksi gen dan protein hiliran serta peranan antioksidan GSH dalam ketagihan nikotin.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Pharmacy / Fakulti Farmasien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectNicotineen_US
dc.subjectTobacco Use Disorderen_US
dc.subjectSmokingen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesan 6-gingerol dan ekstrak zingiber officinale piawai 6 gingerol terhadap ketagihan nikotin kronik dalam menciten_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages170en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjanaen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan 6-gingerol dan ekstrak zingiber.pdf
  Restricted Access
Full-text3.02 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.