Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776205
Title: Strategi nahuan dan kewangan teks ucapan bajet negara oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
Authors: Benazir Tanjung Fatkur Rahman (P83702)
Supervisor: Chong Shin, Prof.Madya Dr.
Junaini Kasdan, Dr.
Idris Aman, Prof. Dr.
Keywords: Teks ucapan bajet
Issue Date: 10-Aug-2024
Abstract: Bajet Negara merupakan satu perancangan kewangan bagi menentukan peruntukan untuk perbelanjaan dan pembangunan negara pada tahun mendatang. Semasa pembentangan bajet, baik oleh Menteri Kewangan mahupun Perdana Menteri, terdapat teks khusus yang disediakan untuk dibentangkan di Parlimen. Kajian-kajian lepas tentang teks ucapan Bajet Negara didapati banyak menekankan struktur genre, tetapi kurang pada perspektif strategi nahuan dan kewacanaan. Kajian ini memilih teks ucapan Bajet Negara yang dibentangkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad, ketika negara berada dalam tempoh krisis ekonomi dan dalam proses pemulihan, iaitu pada tahun 1999, 2002, 2003 dan 2004. Pengkaji menggunakan pendekatan analisis wacana tiga dimensi yang dipelopor oleh Fairclough (1995) dengan gabungan analisis dua dimensi oleh Idris et al. (2014). Dari segi metodologi, kaedah bagi meneliti dan memahami strategi yang digunakan dalam teks ucapan Bajet ialah dengan menganalisis unsur linearnya sahaja. Analisis dijalankan melalui dimensi demi dimensi, bermula dengan ciri nahuan dan diikuti oleh ciri kewacanaan. Terdapat tiga objektif yang hendak dicapai melalui kajian ini, iaitu (i) mengenal pasti ciri-ciri tekstual dan sifat kewacanaan teks ucapan Bajet, (ii) menganalisis ciri-ciri tekstual dan sifat kewacanaan berasaskan strukturnya, (iii) dan mensintesiskan ciri-ciri tekstual dan sifat kewacanaan sebagai sejenis pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Hasil kajian mendapati bahawa ciri nahuan yang diperkirakan ialah jenis proses dalam klausa, jenis penerang awal ayat, jenis ayat, dan jenis tema. Dari segi nahuan, didapati bahawa teks-teks ucapan Bajet Negara yang dikaji banyak memanfaatkan penerang awal ayat jenis situasi, menggembleng ayat sederhana, mengutamakan ayat tanpa adverba awal, serta mengutamakan penggunaan kata proses lakuan dalam pembinaan ayat. Berdasarkan dimensi kewacanaan idea teras ucapan yang muncul ialah pendahuluan, langkah-langkah pemulihan ekonomi, manfaat dan kesan daripada langkah-langkah baru, perubahan pandangan masyarakat antarabangsa, cabaran ekonomi Malaysia, strategi bajet, prospek ekonomi Malaysia dan penutup. Secara keseluruhannya, teks-teks Bajet Negara yang dikaji ini dapat memberi gambaran tentang strategi yang digunakan oleh pewacana teks untuk menyampaikan buah fikiran dalam ucapan bajet dan selanjutnya membantu negara mengharungi krisis ekonomi. Cara berfikir Tun Dr. Mahathir Mohamad dan tindakan yang agresif untuk memulihkan ekonomi negara digambarkan dalam teks ucapan Bajet melalui input-input yang diwacanakan secara padat, ayat yang sederhana dan berstruktur dari segi idea dalam teks ucapan Bajet Negara.
Pages: 73
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
P83702 Benazir Tanjung Fatkur Rahman.pdf
  Restricted Access
Full Text2.33 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.