Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776204
Title: Variasi leksikal melayu di Kedah : Analisis geolinguistik
Authors: Ainur Syakirah Muhd Hissam (P91614)
Supervisor: Junaini Kasdan, Dr.
Harishon Radzi, Dr.
Keywords: Leksikal
Dialek Melayu
Issue Date: 20-Mar-2023
Abstract: Kedudukan negeri Kedah yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia, yang bersempadan dengan negara Thailand dan negeri Perlis di sebelah utara, iaitu Pulau Pinang dan Perak di sebelah selatan, dan Kelantan di sebelah pantai timur menjadikannya sebagai sebuah negeri yang unik. Kedudukannya yang unik ini turut memberikan impak kepada kerencaman dialek Melayu yang dituturkan oleh penutur natif di Kedah. Justeru, kajian ini bertujuan menyelidiki variasi yang berlaku pada beberapa leksikal terpilih di negeri Kedah, iaitu leksikal ‘ular’,‘tikus’, ‘pukul’ dan ‘baling’ di negeri Kedah. Leksikal ini dipilih kerana penggunaan varian banyak ditemui dalam kalangan masyarakat di negeri Kedah. Objektif kajian yang pertama ialah mengenal pasti penyebaran variasi leksikal ‘ular’,‘tikus’, ‘pukul’ dan ‘baling’ dalam dialek Melayu di negeri Kedah. Kedua, memetakan variasi leksikal dialek Melayu bagi leksikal tersebut berbantukan sistem maklumat geografi (Geographic Information System - GIS). Ketiga, menghuraikan faktor ruang geografi dan faktor bukan linguistik yang mempengaruhi penyebaran variasi leksikal dialek Melayu di negeri Kedah. Kajian geolinguistik ini bermula dengan pengumpulan data leksikal yang dilakukan menerusi kajian lapangan dengan melibatkan 11 mukim dan 135 buah kampung di negeri Kedah menggunakan kaedah soal selidik dan rakaman. Sejumlah 892 responden yang terdiri daripada golongan remaja, dewasa dan warga tua disoal selidik. Kajian ini juga mengaplikasikan penggunaan teknologi yang berbantukan GIS, iaitu perisian ArcGIS bagi menjana peta taburan dialek yang lebih sistematik. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa taburan leksikal /ular/, /tikus/, /baling/ dan /ular/ mempunyai polanya yang tersendiri. Hasilnya satu peta baharu berjaya dipetakan bagi memperlihatkan variasi leksikal dialek Melayu di Kedah dengan lebih tepat.
Pages: 34
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
P91614l Ainur Syakirah Muhd Hissam.pdf
  Restricted Access
Full Text1.94 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.