Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776202
Title: Analisis sejarah, tatacara dan falsafah adat istiadat menjunjung duli di Negeri Selangor
Authors: Muhammad Adha Abd Jalil
Supervisor: Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Ts. Dr.
Mohd Rosli Saludin, Prof. Dr. madya Dato' Paduka
Keywords: Selangor
Istiadat Menjunjung Duli
Universiti Kebangsaan Malaysia-- Dissertations
Dissertations Academic-- Malaysia
Issue Date: 5-Jul-2024
Abstract: Setiap kesultanan Melayu mempunyai warisan adat istiadat tersendiri. Istiadat Menjunjung Duli di Negeri Selangor merupakan sebuah adat menggelar dalam mengesahkan sesuatu pangkat gelaran yang diberikan oleh Sultan Selangor yang diamalkan di negeri Selangor. Justeru itu, kajian ini adalah untuk melihat sejarah dan keunikan adat serta falsafah Istiadat Menjunjung Duli yang diamalkan di istana Selangor sehingga ke hari ini. Objektif kajian ini ialah 1) Mengenalpasti hubungan sejarah Istiadat Menjunjung Duli di negeri Selangor dengan negeri-negeri lain, 2) Meneliti tatacara, gerak geri dan peralatan yang terlibat dalam istiadat Menjunjung Duli di negeri Selangor, dan 3) Menganalisis falsafah dalam Istiadat Menjunjung Duli di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan deskriptif dalam merekod dan menghuraikan maklumat primer kajian dengan kaedah pemerhatian di lapangan dan sesi temu bual secara langsung dengan informan dalam kalangan kerabat diraja, pembesar istana dan pakar bidang dari pelbagai institusi. Manakala data sekunder diperolehi melalui kajian pustaka seperti buku dan jurnal yang berkaitan dengan sejarah kesultanan Selangor. Analisis kajian ini dibuat dengan menggabungkan maklumat bertulis, lisan dan seni gerak reka bentuk tatacara menjunjung duli dibuat menggunakan data gambar. Hasil kajian ini mendapati bahawa Istiadat Menjunjung Duli yang diamalkan di negeri Selangor bermula semenjak terbentuknya kesultanan Selangor pada November 1766 dan istiadat ini mempunyai keunikan kebudayaan yang datangnya daripada pengaruh Melayu Perak dan Bugis Luwu dari aspek sumpah setia, seni gerak dan pantang larang. Pelestarian adat istiadat di istana Melayu akan lebih bermakna dengan pendokumentasian maklumat sejarah dan falsafah yang lengkap bagi rujukan generasi Melayu akan datang.
Pages: 63
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
P110805 Muhamad Adha Abd Jalil.pdf
  Restricted Access
Full Text1.56 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.