Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776164
Title: Kesan ekstrak lenggai kosong parkia speciosa ke atas tekanan oksidatif dan inflamasi dalam sel endotelium vena umbilikus manusia
Authors: Nor Hidayah Mustafa (P83976)
Supervisor: Kamisah Yusof, Prof. Madya. Dr.
Azizah Ugusman, Dr.
Keywords: Polyphenols -- therapeutic use
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 18-Jan-2018
Abstract: Tekanan oksidatif dan inflamasi memainkan peranan penting dalam patogenesis pelbagai penyakit. Parkia speciosa (PS) Hassk, juga dikenali sebagai petai dari famili Leguminosae amat kaya dengan kandungan antioksidan iaitu polifenol, terutamanya kuersetin. Objektif kajian ini ialah untuk menentukan kesan ekstrak lenggai kosong PS ke atas tekanan oksidatif aruhan hidrogen peroksida (H2O2) dan inflamasi aruhan faktor nekrosis tumor- (TNF-) dalam sel endotelium vena umbilikus manusia (HUVECs). Analisis kromatografi ekstrak mentah etanol, heksana, etil asetat dan fraksi etanol dilakukan menggunakan HPLC-PDA. Analisis HPLC telah mengenalpasti kuersetin dalam semua ekstrak dengan kandungan tertinggi dalam ekstrak etil asetat. Sel endotelium dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu kawalan, ekstrak etil asetat PS (25 g/mL), kuersetin (125 M), TNF- (10 ng/mL) atau H2O2 (1 mM), ekstrak etil asetat PS+TNF- atau PS+H2O2, dan kuersetin+TNF- atau kuersetin+H2O2. Untuk kajian inflamasi, sel dipra-eram dengan ekstrak PS atau kuersetin selama 6 jam sebelum eraman dengan TNF- selama 16 jam. Sementara untuk kajian tekanan oksidatif, sel dipra-eram dengan ekstrak PS atau kuercetin selama 6 jam sebelum eraman dengan H2O2 selama 30 minit. Ekstrak PS dan kuersetin menurunkan aras nitrik oksida (NO), ekspresi protein dan aktiviti nitrik oksida sintase boleh aruh (iNOS), penghasilan spesies reaktif oksigen (ROS), ekspresi COX-2, VCAM-1 dan NF-κB p67 aruhan TNF-. Dalam sel yang diaruh dengan H2O2, ekstrak PS dan kuersetin meningkatkan aktiviti dan ekspresi SOD1 serta menurunkan penghasilan ROS dan ekspresi NOX4. Kesan ekstrak PS adalah setara dengan kuersetin. Kesimpulannya, ekstrak lenggai kosong Parkia speciosa ini menunjukkan kesan perlindungan terhadap tekanan oksidatif aruhan H2O2 dan inflamasi aruhan TNF- dalam model HUVECs.
Notes: e-tesis
Pages: 36
Call Number: QV20.5.N822k 2018 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan ekstrak lenggai kosong parkia speciosa ke atas tekanan oksidatif dan inflamasi dalam sel endotelium vena umbilikus manusia.pdf
  Restricted Access
Partial1.32 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.