Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776163
Title: Kesan pencegahan minyak kelapa dara dan tokotrienol sawit terhadap penanda inflamasi dan oksidatif serta histomorfometri aorta dalam model tikus aterosklerosis pascamenopaus
Authors: Norhafizah Mohamad Rashidi (P73176)
Supervisor: Qodriyah Hj Mohd Saad, Prof. Madya. Dr.
Kamisah Yusof, Prof. Madya. Dr.
Faizah Othman, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Plant Oils -- therapeutic use
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 15-Jul-2018
Abstract: Tabiat menggunakan minyak masak secara berulang kali untuk menggoreng makanan telah menjadi amalan biasa di kalangan masyarakat untuk menjimatkan kos. Pemanasan minyak secara berulang kali menyebabkan kemerosotan oksidatif yang boleh mengaruh inflamasi vaskular. Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kesan minyak kelapa dara (VCO) dan tokotrienol (TT) pada tikus betina pascamenopaus yang diberi diet 2% kolesterol dan15% minyak sawit yang dipanaskan lima kali (5HPO) terhadap parameter yang terlibat dalam aterosklerosis. Tikus dewasa betina Sprague-Dawley (n=56) dibahagikan kepada tujuh kumpulan terdiri daripada kumpulan (i) sham (diberi diet asas, tanpa ovariektomi); (ii) 5HPO; (iii) 5HPO+V1 (VCO 1.43 ml/kg); (iv) 5HPO+V2 (VCO 4.29 ml/kg); (v) 5HPO+TT (TT 30 mg/kg); (vi) gabungan 5HPO+V1T (VCO 1.43 ml/kg+ TT 30 mg/kg) dan (vii) gabungan 5HPO+V2T (VCO 4.29 ml/kg+ TT 30 mg/kg). Semua kumpulan kecuali kumpulan sham diovariektomi dan diberi diet 2% kolesterol dan 5HPO selama 24 minggu. Tekanan darah diukur pada permulaan kajian dan setiap empat minggu menggunakan kaedah kuf ekor. Di akhir kajian, tikus-tikus dibunuh dan aorta toraks diambil untuk pengukuran reaktiviti vaskular, kajian immunohistokimia molekul-1 lekatan intersel dan molekul-1 lekatan vaskular (ICAM-1 & VCAM-1) dan mikroskopi elektron transmisi. Sampel plasma darah diambil pada awal kajian, minggu ke-12 dan pada akhir kajian untuk pengukuran aras nitrik oksida (NO), heme-oksigenase-1 (HO-1), malondialdehid (MDA) dan NADPH oksidase. Rawatan dengan VCO atau TT serta gabungan mampu untuk menurunkan tekanan darah, aras MDA dan NADPH oksidase berbanding kumpulan 5HPO. Penurunan yang paling tinggi dilihat pada kumpulan VCO2+TT, mampu menurunkan kemerosotan fungsi endotelium serta mempunyai peningkatan aras NO dan HO-1 yang paling banyak. Kumpulan 5HPO meningkatkan ekspresi ICAM-1 dan VCAM-1 pada lapisan endotelium serta menyebabkan ketakaturan dan perubahan pada lamila elastik interna (IEL). Kesimpulannya, suplimentasi VCO dan TT secara persendirian atau gabungan mampu mengurangkan kesan buruk inflamasi vaskular pada model tikus aterosklerosis pascamenopaus.
Notes: e-tesis
Pages: 45
Call Number: QV20.5.N839k 2018 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.