Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776162
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorElvy Suhana Mohd Ramli, Dr.en_US
dc.contributor.authorMohd Amir Kamaruzzaman (P88440)en_US
dc.date.accessioned2024-10-09T02:10:10Z-
dc.date.available2024-10-09T02:10:10Z-
dc.date.issued2019-05-17-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776162-
dc.description.abstractOsteoporosis merupakan salah satu isu utama kesihatan global yang digambarkan dengan peningkatan jumlah kematian dan morbiditi. Insiden osteoporosis ini adalah selari dengan peningkatan jumlah populasi dan juga penggunaan glucocortikoid untuk merawat penyakit-penyakit kronik. Penggunaan glucocortikoid yang berpanjangan berkait rapat dengan patogenesis osteoporosis melalui mekanisma stres oksidatif. Beberapa tahun kebelakangan ini, produk-produk alami yang sering digunakan oleh penduduk tempatan telah diketahui mempunyai banyak manfaat dari sudut perubatan. Salah satu makanan cecair pekat manis yang sering digunakan ialah madu. Banyak kajian membuktikan bahawa madu mempunyai khasiat antioksidan yang mampu untuk menangani radikal bebas supaya perjalanan penyakit kronik dapat diperlahankan malah dapat dicegah. Lebah kelulut menghasilkan madu kelulut dan oleh kerana ia tidak menyengat dan boleh diternak untuk tujuan pengambilan madu maka ia mempunyai kelebihan berbanding madu yang lain. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk menentukan kesan madu kelulut terhadap osteoporosis yang diaruh oleh glukokortikoid. Dalam kajian ini, sebanyak 56 ekor tikus jantan telah digunakan. Tiga puluh dua ekor tikus yang menjalani prosedur adrenalektomi telah dibahagikan menjadi empat kumpulan iaitu Adrx+Dex+NS, Adrx+Dex+Ca, Adrx+Dex+KH1 and Adrx+ Dex+KH2. Kesemua mereka diberikan suntikan dexamethasone 120 μg/kg/hari sebagai ejen glukokortikoid. Kumpulan Adrx+Dex+NS diberi minum air suling (kontrol negatif), kumpulan Adrx+Dex+Ca diberi minum campuran air berkalsium (kontrol positif), kumpulan Adrx+Dex+KH1 (200mg/kg/day) and Adrx+Dex+KH2 (400mg/kg/day) diberi minum madu (rawatan). Dua puluh empat ekor tikus sham diberi vehicle palm olein 0.05 ml/kg/hari secara suntikan intramuskular and 0.1 ml/ kg/hari secara oral. Setelah rawatan diberikan selama 2 bulan, tikus-tikus dikorbankan. Tulang femur dipilih untuk menjalani ujian histomorfometri dan penanda biokimia. Hasil kajian menunjukkan setelah rawatan jangka panjang dengan deksametason (glukokortikoid) menunjukkan peningkatan pada aktiviti melondialdehid (MDA) dan penurunan aktiviti superoksida dismutase (SOD). Tiada perubahan yang signifikan pada aktiviti katalase (CAT) dan glutathion peroxidase (GPX). Terdapat penurunan yang signifikan pada Isipadu tulang trabekular/isipadu tisu (BV/TV) dan Jumlah trabekular (Tb.N) tulang femur setelah dua bulan pemeberian deksametason. Manakala berlaku peningkatan yang signifikan pada Pemisahan trabekular (Tb.Sp) setelah dua bulan pemberian deksametason. Pemberian madu kelulut sepanjang tempoh rawatan telah meningkatkan aktiviti SOD dan menurunkan aktiviti MDA secara signifikan. Ini ditambah dengan perbaikan nilai bacaan bagi BV/TV, Tb.N, and Tb.Sp. Hasil kajian menunjukkan madu kelulut mungkin mempunyai kesan perlindungan terhadap osteoporosis yang diaruh oleh glukokortikoid. Ia mungkin boleh digunakan ke atas pesakit yang menggunakan glukokortikoid jangka panjang sebagai profilaksis bagi mencegah osteoporosis.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectHoneyen_US
dc.subjectAntioxidants -- therapeutic useen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.titleKesan madu kelulut terhadap histomorfometrti tulang dan tekanan oksidatif pada tikus jantan osteoprosis aruhan glukokortikoiden_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages121en_US
dc.identifier.callnoQS20.5.M6971k 2019 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002247153en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan madu kelulut terhadap histomorfometrti tulang dan tekanan oksidatif pada tikus jantan osteoprosis aruhan glukokortikoid.pdf
  Restricted Access
Full-text2.29 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.