Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776161
Title: Kesan suplementasi fraksi kaya tokotrienol (TRF) dan a-tokoferol (a-TF) terhadap status oksidatif dan kaitan dengan polimorfisme nukleotida tunggal ( SNPs)
Authors: Nor Helwa Ezzah Nor Azman (P73266)
Supervisor: Wan Zurinah Wan Ngah, Prof. Dato' Dr.
Goon Jo Aan, Dr.
Keywords: Vitamin E -- therapeutic use
Aging -- physiology
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 15-Mar-2017
Abstract: Vitamin E, penggaruk radikal peroksil yang poten dan mempunyai sifat antioksidan dilaporkan dapat mencegah pelbagai perkembangan penyakit degeneratif kronik yang berkaitan dengan penuaan. Vitamin E terbahagi kepada tokoferol dan tokotrienol dalam empat isomer iaitu alfa (α), beta (β), gamma (γ) dan delta (δ). Kajian suplementasi vitamin E terhadap manusia terhad kepada α-tokoferol tetapi kini tokotrienol juga tersedia ada. Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kesan suplementasi fraksi kaya tokotrienol (TRF) dan α-tokoferol (α-TF) pada status oksidatif warga dewasa tua sihat berumur 50 hingga 55 tahun. Seramai 71 subjek dibahagikan kepada kumpulan yang menerima plasebo (n=23), α-TF (n=24) dan TRF (n=24) selama enam bulan. Darah diambil pada awal bulan (bulan 0), 3 bulan dan 6 bulan selepas suplementasi untuk menentukan enzim superoksida dismutase (SOD), katalase (CAT), glutation peroksidase (GPx), glutation terturun (GSH), glutation teroksida (GSSG), malondialdehid (MDA), protein karbonil dan kepekatan vitamin D. Suplementasi TRF meningkatkan aktiviti SOD dan GPx pada subjek perempuan sahaja selepas 6 bulan. Suplementasi TRF meningkatkan nisbah GSH/GSSG pada subjek perempuan manakala suplementasi α-TF meningkatkan nisbah GSH/GSSG pada kedua-dua lelaki dan perempuan selepas 6 bulan. Suplementasi TRF mengurangkan aras MDA pada kedua dua lelaki dan perempuan seawal 3 bulan manakala suplementasi α-TF mengurangkan aras MDA dan protein karbonil pada subjek perempuan sahaja selepas 3 dan 6 bulan. Suplementasi α-TF dan TRF meningkatkan kepekatan vitamin D pada kedua-dua lelaki dan perempuan selepas 6 bulan, tetapi kepekatan vitamin D pada subjek lelaki lebih tinggi berbanding dengan subjek perempuan dalam kumpulan TRF. Kesan perlindungan TRF dapat dilihat melalui peningkatan enzim antioksidan (SOD dan GPx) dan penurunan aras MDA dengan kesan yang lebih ketara pada subjek perempuan manakala α-TF hanya menurunkan aras MDA dan protein karbonil. Hubungan antara polimorfisme gen dengan parameter status oksidatif dianalisis dengan menggunakan pekali korelasi Pearson. Pada permulaan kajian, hanya 20 SNPs untuk gen NCF2, PRDX3, NR3C2, PARP-1, AGT, NDUFS2, SOD3, TXNRD1, SOD2, GSTP1, GSR, APOA1-C3-A5, ADIPOQ, PDGFD, LIPA, LDLR, KCNQ1 dan microRNA146a mempunyai korelasi dengan parameter status oksidatif dan setelah dibahagikan mengikut kumpulan suplementasi, 36 SNPs yang terdiri daripada gen XDH, CCL2, CDKN2A/2B, TXNRD1, NR3C2, PARP-1, NQO2, LIPA, LDLR, PRDX3, ANAPC16, KCNQ1, NDUFS3, SOD3, NCF2, AGT, ADIPOQ, IL5, microRNA146a, PDGFD, NDUFS8, ACE, NDUFS2, COL4A1-A2, MT1A, PRDX6, FOXO3A, CDKN2B-AS1, APOA1-C3-A5, AGTR1, PON1, CYBA dan ACOX1 mempunyai korelasi dengan parameter status oksidatif selepas 6 bulan yang menggambarkan respons gen kepada suplementasi vitamin E. Secara kesimpulan, individu dengan SNPs tertentu seperti PRDX6, PRDX3, NCF2, ANAPC16, ACE dan COL4A1-A2 bertindak balas secara berbeza terhadap suplementasi vitamin E (TRF dan α-TF) dan meningkatkan status oksidatif.
Notes: e-tesis
Pages: 62
Call Number: QU20.N822k 2017 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.