Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775644
Title: Pengukuhan psikospiritual berdasarkan doa nabi Ibrahim as dalam al-Quran
Authors: Farah Mohd Ferdaus (P106932)
Supervisor: Hamdi Ishak, Prof. Madya Dr.
Mohd Manawi Mohd Akib, Dr.
Keywords: Spiritual healing -- Islam
Prayer -- Islam -- Qurʼanic teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 28-Dec-2023
Abstract: Psikospiritual Islam merupakan suatu bidang ilmu baru yang amat penting dalam perkembangan rohani dan jiwa. Namun demikian, ilmu ini kurang diberi perhatian pada mutakhir ini dan pengabaiannya boleh membawa kepada peningkatan isu kecelaruan jiwa. Justeru, pelbagai kajian untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan isu kecelaruan jiwa telah dibahaskan, namun kajian hubungan di antara psikospiritual Islam dengan ibadah doa khususnya doa para nabi iaitu Nabi Ibrahim AS tidak ditemui. Oleh itu, kajian ini akan membahaskan hubungkait doa Nabi Ibrahim AS dengan pengukuhan psikospiritual. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan konsep psikospiritual dan Kaedah Psikoterapi Islam, mengkaji tafsiran ayat-ayat al-Quran berkaitan doa Nabi Ibrahim AS berdasarkan tafsiran klasik dan kontemporari serta menganalisis doa Nabi Ibrahim AS dalam al-Quran terhadap pengukuhan psikospiritual. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis dokumen. Pengumpulan data dibuat menggunakan kaedah analisis dokumen terhadap kitab-kitab tafsir klasik dan kontemporari, karya berkaitan sirah al-Quran dan karya-kara berkaitan ilmu psikospiritual Islam. Dapatan kajian mendapati terdapat 15 doa Nabi Ibrahim AS yang terakam dalam al-Quran menerusi Surah Al-Baqarah, Surah Ibrāhīm, Surah Al-Shucara’, Surah Al-Ṣaffāt dan Surah Al-Mumtaḥānah. Kajian juga menemukan tiga kaedah psikoterapi Islam iaitu Kaedah Psikoterapi Iman, Kaedah Psikoterapi Ibadah dan Kaedah Psikoterapi Tasawuf sebagai landasan teori bagi melihat kesinambungan doa Nabi Ibrahim AS dengan pengukuhan psikospiritual. Selanjutnya kajian juga mendapati terdapat tema-tema yang bersesuaian daripada penelitian terhadap tafsiran doa Nabi Ibrahim AS dengan Kaedah Psikoterapi Iman, Ibadah dan Tasawuf sekaligus menunjukkan bahawa doa tersebut berperanan dalam mengukuhkan psikospitual seseorang. Kajian ini bukan sahaja dapat dijadikan panduan dan rujukan dalam perlaksanaan rawatan berkaitan spiritual, malahan ia dapat memberi impak kepada bidang keilmuan psikospiritual yang berteraskan ilmu al-Quran.v
Pages: 186
Call Number: BP189.65.F35.F337 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengukuhan psikospiritual berdasarkan doa nabi ibrahim as dalam Al-Quran.pdf
  Restricted Access
Partial1.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.