Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775638
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Prof. Madya Dato’ Dr.en_US
dc.contributor.advisorAhmad Munawar Ismail, Prof. Madyaen_US
dc.contributor.authorAbdul Muhaimin Mahmood (P107167)en_US
dc.date.accessioned2024-08-27T03:46:46Z-
dc.date.available2024-08-27T03:46:46Z-
dc.date.issued2023-12-31-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775638-
dc.description.abstractSebagai sebuah negara majmuk, kerajaan telah memberikan penekanan terhadap segala faktor yang membawa kepada kesatuan dan keharmonian, termasuk dengan memperkenalkan pelbagai dasar dan pendekatan. Namun, konflik persepsi dan polemik melibatkan isu-isu keaagamaan sentiasa berlaku sehingga menimbulkan persoalan tentang keberkesanan pendekatan Fiqh al-Tacāyush dalam mempengaruhi persepsi, kefahaman dan amalan al-Tacāyush. Kajian ini akan menganalisis pandangan syarak terhadap konsep Fiqh al-Tacāyush dan asas kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan. Kajian turut menganalisis tahap, hubungan (corelation) dan pengaruh persepsi, kefahaman dan faktor-faktor pembelajaran sosial terhadap amalan al-Tacāyush dalam kalangan guru Muslim di Malaysia. Reka bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini, di mana data-data telah dikumpulkan menggunakan kaedah analisis dokumen, temu bual dan tinjauan. Seramai14 orang informal telah ditemu bual. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian NVivo12 secara tematik. Untuk tinjauan lapangan pula, sebanyak 1765 data dianalisis melibatkan responden dari kalangan guru-guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di semenanjung Malaysia. Data diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 26, secara deskriptif dan inferensi. Kajian mendapati Fiqh al-Tacāyush merupakan sebahagian daripada akidah dan asas syariat Islam. Ia bukan hanya sekadar slogan dan teori, bahkan telah dipraktiskan dalam realiti sebenar oleh Rasulullah SAW sendiri di Mekah dan Madinah. Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan asas kepada amalan al-Tacāyush di Malaysia. Analisis deskriptif pula menunjukkan tahap persepsi, kefahaman, faktor-faktor pembelajaran sosial dan amalan al-Tacāyush dalam kalangan guru Muslim berada pada tahap yang tinggi dan kesemuanya mempunyai hubungan yang signifikan antara satu sama lain. Hasil analisis regresi berganda pula mendapati kefahaman Fiqh al-Tacāyush menyumbang 43.3% pengaruh terhadap tahap amalan, berbanding 12.4% bagi persepsi. Faktor pembelajaran sosial pula dikenal pasti sebagai penyumbang terbesar kepada amalan al-Tacāyush iaitu 50%, berbanding kefahaman dan persepsi masing-masing 12.3% dan 4%. Tuntasnya, kajian ini menyumbang kepada pembinaan model pembentukan amalan al-tacāyush Malaysia dalam kalangan masyarakat Islam.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectInterpersonal relations -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectIslam -- Unityen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePersepsi, kefahaman dan amalan fiqh al-ta'ayush dalam kalangan guru muslim di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages375en_US
dc.identifier.callnoBP171.5 .A236 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007430en_US
dc.format.degreePh,Den_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Persepsi kefahaman dan amalan Fiqh Al-Ta ayush dalam kalangan guru muslim di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Partial3.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.