Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775625
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Khazri Osman, Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Zulkifli Abdul Ghani, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Mohd. Fuaad Abdullah Rahim (P104202) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-08-27T01:30:36Z | - |
dc.date.available | 2024-08-27T01:30:36Z | - |
dc.date.issued | 2023-07-24 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775625 | - |
dc.description.abstract | Dalam konteks pembangunan orang kurang upaya di Malaysia, ibadah adalah salah satu elemen terpenting dan boleh memberikan pengaruh terhadap kualiti keperibadian orang kurang upaya fizikal. Ia mampu membentuk dan mempertingkatkan nilai modal insan dengan mengaplikasikan ibadah dalam kehidupan seharian dari segi emosi, fizikal dan spiritual. Kajian berkaitan ibadah yang melibatkan pelajar orang kurang upaya (OKU) fizikal Muslim di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi berkepentingan untuk menilai dan mengenal pasti sejauh mana pemahaman serta pengamalan ibadah dalam kalangan komuniti orang kurang Upaya khususnya kategori ketidakupyaan anggota atau fizikal. Selain dari itu menerusi kajian ini juga ia dapat membantu memastikan tiada pengabaian berkaitan aspek pemahaman dan pengamalan ibadah dalam kalangan pelajar OKU fizikal Muslim. Ibadah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam yang mukallaf termasuklah komuniti OKU terutamanya kategori fizikal. Ini adalah kerana komuniti OKU fizikal tidak melibatkan kecacatan terhadap akal. Dari sudut perspektif dakwah pula, ibadah OKU fizikal adalah merupakan sebahagian daripada tindak balas terhadap aktiviti dakwah yang telah disampaikan kepada mereka. Walaupun terdapat beberapa kajian yang melibatkan OKU di Malaysia namun kajian yang mempunyai kaitan dengan ibadah ini masih belum diterokai sepenuhnya terhadap OKU berbanding orang upaya (OU). Maklumat kajian ini terhasil menerusi instrumen borang soal selidik yang mengandungi item berbentuk skala pilihan yang kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil menerusi analisis data bagi pemahaman ibadah mendapati responden mempunyai tahap pemahaman yang sederhana. Selain dari itu juga analisis data bagi faktor pengabaian ibadah juga adalaha sederhana. Manakala tahap penghayatan faktor ibadah memperolehi tahap yang tinggi. Melalui kajian ini ia dapat mengenal pasti dan menilai semula pendekatan dakwah yang lebih sesuai dalam meningkatkan lagi usaha dakwah terhadap komuniti OKU fizikal. Selain dari itu, ibadah juga merupakan sebahagian kaedah untuk membentuk sahsiah pelajar OKU fizikal. Justeru melalui kajian yang telah dilaksanakan ini mendapati tahap pengetahuan dan pengamalan ibadah dalam kalangan pelajar OKU fizikal adalah sederhana dan masih memerlukan bimbingan yang berterusan untuk melahirkan komuniti OKU fizikal yang bertaqwa dan beramal soleh. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Worship (Islam) | en_US |
dc.subject | Religious life -- Islam | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Ibadah dalam kalangan pelajar orang kurang upaya (OKU) fizikal muslim di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 137 | en_US |
dc.identifier.callno | BP184.2.M8324 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007275 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pengajian Islam | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Ibadah dalam kalangan pelajar orang kurang upaya (OKU) fizikal muslim di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi.pdf Restricted Access | Full-text | 2.53 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.