Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775501
Title: Pemikiran akidah ketuhanan Wan Sulaiman bin Wan Sidek berdasarkan risalah Ayyuha al-ikhwan ila dar al-ridwan li mardat al-Rahman
Authors: Muhammad Firdaus Soleh (P103327)
Supervisor: Wan Haslan Khairuddin, Dr.
Keywords: Islam -- Doctrines
Faith (Islam)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Jan-2024
Abstract: Wan Sulaiman Bin Wan Sidek (w.1354H/1935M) merupakan ulama Nusantara dalam bidang akidah. Tetapi tidak ramai daripada kita yang mengenali beliau dengan lebih dekat sebagai tokoh ulama akidah khususnya di Nusantara dan sehingga sekarang kajian khusus berkenaan pemikiran akidah Wan Sulaiman belum dihasilkan oleh mana-mana pengkaji di Malaysia. Begitu juga karya akidah beliau bertajuk Ayyuhā al-Ikhwān Ilā Dār al-Riḍwān Li Marḍāt al-Raḥmān tidak dikenali pada masa sekarang. Risalah Ayyuhā al-Ikhwān merupakan risalah akidah yang ditulis bersumberkan al-Maktūbāt karangan Aḥmad alFārūqī al-Sirhindī (1563-1624M) yang merupakan ulama beraliran al-Māturidiyyah. Namun, kebanyakan ulama ketika itu mengikut aliran al-Ashc ariyyah dan mereka lazim merujuk karya Umm al-Barāhīn khususnya dalam persoalan ketuhanan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji biografi Wan Sulaiman seterusnya melihat usaha serta sumbangannya dalam memartabatkan akidah Ahli Sunah Waljamaah di Kedah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengkaji metodologi penulisan Wan Sulaiman bin Wan Sidek dalam risalah Ayyuhā al-Ikhwān seterusnya mengenal pasti pemikiran akidah ketuhanan Wan Sulaiman. Kajian ini menggunakan metode kajian kualitatif dengan memberikan fokus kepada metode analisis kandungan yang terdiri daripada analisis dan tafsiran pemikiran akidah ketuhanan yang terdapat dalam risalah Ayyuhā al-Ikhwān dan kitab-kitab akidah karangan ulama lain yang membincangkan mengenai akidah ketuhanan. Dapatan kajian menunjukkan Wan Sulaiman memartabatkan akidah Ahli Sunah Waljamaah melalui sistem pentadbiran, pendidikan dan tarekat kesufian. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa Ayyuhā al-Ikhwān merupakan ringkasan daripada al-Maktūbāt tetapi disusun semula menggunakan metodologi pemerolehan, pemaparan dan penghujahan yang sesuai dengan latar belakang masyarakat Kedah. Manakala dari segi pemikiran, Wan Sulaiman menghuraikan akidah ketuhanan berdasarkan kalam Imam al-Ashc arī di samping bersifat terbuka menerima pandangan daripada ulama al-Māturīdiyyah khususnya berkenaan sifatsifat Allah s.w.t serta isu-isu berkaitan dengan-Nya. Oleh itu, penulisan risalah Ayyuhā alIkhwān berkaitan akidah ketuhanan adalah berdasarkan manhaj kalāmī al-Ashāc irah dan al-Māturīdiyyah sepertimana karya-karya ulama Melayu lain yang dilihat masih sesuai digunakan oleh golongan awam termasuk kanak-kanak.
Pages: 125
Call Number: BP165.5.M8334 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pemikiran akidah ketuhanan Wan Sulaiman bin Wan Sidek berdasarkan risalah Ayyuha al-ikhwan lla Dar al-ridwan li Mardat al-Rahman.pdf
  Restricted Access
Full-text2.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.