Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775498
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Zamro Muda, Dr.en_US
dc.contributor.authorMirza Irfan Mizlan (P110529)en_US
dc.date.accessioned2024-08-23T07:24:57Z-
dc.date.available2024-08-23T07:24:57Z-
dc.date.issued2024-03-08-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775498-
dc.description.abstractRakyat Malaysia masih memandang remeh akan pengurusan pembahagian harta pusaka berdasarkan rekod nilai hartanah yang telah mencecah hampir RM90 bilion belum dituntut. Kepercayaan waris secara mandatori hanya terhadap kaedah farāid turut mendatangkan permasalahan yang kritikal. Kelewatan menguruskan harta pusaka akan merugikan umat Islam itu sendiri. Kendatipun begitu, statistik sebanyak 77.5% direkodkan oleh waris-waris FELDA Taib Andak, Johor dalam menganjurkan penyelesaian muafakat pada pewarisan harta pusaka mereka yang rumit. Ini jelas memperlihatkan kaedah pembahagian harta pusaka secara muafakat wajar dijadikan instrumen alternatif untuk menangani masalah yang dinyatakan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji secara khusus dan terperinci proses dan prosedur serta amalan pembahagian harta pusaka kecil (PHPK) orang Islam secara muafakat di Unit Pembahagian Pusaka Johor Selatan (UPPJS), Johor Bahru. Selain itu, kajian ini juga menganalisis penyelesaian secara muafakat berdasarkan kes yang direkodkan di UPPJS serta mengkaji permasalahan yang memberi kekangan semasa pengaplikasian kaedah pembahagian secara muafakat di UPPJS. Kajian kualitatif ini mengumpulkan data menerusi pendekatan analisis dokumen dari teknik pemerhatian, kajian kepustakaan dan merujuk fail-fail Nota Bicara tanpa formula khusus, selain temu bual separa struktur bersama pegawai-pegawai pusaka. Data-data ini seterusnya dianalisis melalui pendekatan induktif dan tematik. Hasil kajian mendapati proses dan prosedur bagi melaksanakan penyelesaian PHPK selaras mengikut undang-undang yang ditetapkan melalui Seksyen 15 [Akta 98]. Tambahan, terdapat pemakaian kaedah muafakat di UPPJS dengan bentuk muafakat ‘serah bahagian’ merekodkan pilihan penyelesaian secara majoriti. Satu garis panduan yang komprehensif dan sistematik harus dibangunkan bagi mengekang isu-isu ketika muafakat ingin diaplikasikan. Selain sekatan undang-undang dan ekonomik, sifat perikemanusiaan waris-waris mempengaruhi faktor yang luas dalam pilihan muafakat dibuat. Kajian ini memberi implikasi penting kepada unit PHPK dalam melakukan usaha penambahbaikan struktur pengurusan hal pembahagian harta pusaka ke arah yang lebih efisien. Kajian ini turut memberi suatu wadah pendedahan pengetahuan kepada masyarakat Islam yang menghadapi isu yang sama dalam soal pewarisan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectInheritance and succession (Islamic law) -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenyelesaian pembahagian harta pusaka kecil orang Islam menerusi kaedah muafakat di Unit Pembahagian Pusaka Johor Selatan (UPPJS), Johor Bahruen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages168en_US
dc.identifier.callnoBP158.I45M573 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007462en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.