Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775494
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd. Zamro Muda, Dr.en_US
dc.contributor.authorNor Amira Abd Shakor (P109297)en_US
dc.date.accessioned2024-08-23T07:15:49Z-
dc.date.available2024-08-23T07:15:49Z-
dc.date.issued2023-12-13-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775494-
dc.description.abstractPengurusan harta al-mafqūd dari aspek perundangan tidak membenarkan untuk harta ini digunakan, dijual atau ditadbir selagi mana seseorang itu belum disahkan meninggal dunia menerusi Perintah Anggapan Kematian oleh pihak Mahkamah selepas tempoh tujuh tahun penantian. Hal ini kerana, harta al-mafqūd dianggap sebagai harta orang yang masih hidup dan memerlukan kepada keizinan pemiliknya untuk harta itu ditasarrufkan sepanjang tempoh penantian. Sehingga hari ini, tiada peruntukan khusus mengenai pengurusan harta al-mafqūd berikutan isu ini dilihat sebagai suatu kes yang agak terpencil di Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pandangan ulama berkaitan pengurusan harta orang hilang (al-mafqūd) dan mengkaji peruntukan perundangan di Malaysia mengenai pengurusan harta orang hilang (al-mafqūd). Seterusnya, kajian ini juga mengenal pasti cara penentuan pentadbir harta orang hilang (al-mafqūd) dan bentuk pengurusannya berdasarkan perundangan di Malaysia. Reka bentuk kajian adalah kualitatif, manakala pengumpulan data melalui analisis dokumen yang terdiri daripada sumber-sumber primer dan sekunder serta temu bual separa struktur. Seramai lima orang informan yang terdiri daripada Pegawai di Bahagian Pusaka Kecil JKPTG, Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil, Amanah Raya Berhad (ARB) dan Baitulmal ditemu bual. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif dan induktif. Hasil kajian mendapati bahawa ulama menggariskan panduan yang terperinci dalam menentukan pentadbir harta al-mafqūd dan bentuk pengurusannya. Walaupun terdapat kekangan undang-undang dalam merealisasikannya, namun peruntukan sedia ada masih boleh dipinda atau ditambah klausa tertentu khusus berkaitan harta al-mafqūd. Hasil kajian ini mengemukakan cara untuk menentukan pentadbir harta al-mafqūd dan bentuk pengurusannya sebagai panduan kepada ahli waris al-mafqūd dan institusi yang terlibat secara langsung seperti Amanah Raya Berhad (ARB) dan Baitulmal. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu memperkasakan peranan ARB dengan memberikan mandat dan kuasa sebagai pentadbir harta al-mafqūd serta menjadi pusat rujukan utama masyarakat berkenaan almafqūd. Manakala Baitulmal pula perlu disemak semula peruntukan sedia ada bagi memastikan manfaat harta al-mafqūd dapat digunakan kepada orang-orang Islam di Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectInheritance and succession (Islamic law) -- Malaysiaen_US
dc.subjectInheritance and succession -- Malaysiaen_US
dc.subjectMissing persons (Islamic law) -- Malaysiaen_US
dc.subjectMissing persons -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenentuan pentadbir harta orang hilang (al-mafqud) dan pengurusannya menurut syarak dan perundangan di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages229en_US
dc.identifier.callnoBP158.I45N668 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode00229en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penentuan pentadbir harta orang hilang )Al-Mafqud) dan pengurusannya menurut syarak dan perundangan di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text5.77 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.