Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775434
Title: Pembentukan logframe matrix program saringan hypothyroidism kongenital bagi bayi baru lahir dan penilaian tahap niat serta kepatuhan dalam kalangan penyedia kesihatan di negari Perak
Authors: Hamenudin Hamzah (P88359)
Supervisor: Rosnah Sutan, Prof. Madya. Dr.
Azmi Mohd Tamil, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Neonatal Screening -- ethics
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Nov-2019
Abstract: Program saringan bayi baru lahir bagi penyakit hypothyroidism kongenital (CH) telah dilaksanakan di Malaysia sejak 15 tahun lepas. Walau bagaimanapun, dua indikator program tidak pernah tercapai iaitu dari segi peratusan pesakit yang disaring berdasarkan ujian pengesahan dan peratusan kes yang telah disahkan menerima rawatan dalam tempoh 14 hari. Kerangka pemantauan yang teratur perlu dibangunkan bagi tujuan pengurusan prestasi program. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Logframe Matrix yang sahih bagi pengurusan program serta menilai niat dan kepatuhan anggota terhadap pelaksanaan aktiviti program berdasarkan Logframe Matrix dan mengenalpasti faktor penentu yang mempengaruhi niat kepatuhan dalam kalangan pemberi jagaan kesihatan di Negeri Perak. Kajian kaedah campuran berurutan penjelajahan telah dijalankan dalam dua fasa. Fasa pertama adalah untuk membangunkan Logframe Matrix bagi pemantauan dan penilaian aktiviti program. Fasa kedua adalah untuk menilai niat dan kepatuhan anggota dalam pelaksanaan aktiviti program berpandukan penilaian Logframe Matrix dalam kalangan anggota di hospital kerajaan dan klinik kesihatan terpilih. Pendekatan Kerangka Logik digunakan untuk membangunkan Logframe Matrix dan model CIPP digunakan dalam proses menyusun keperluan pembentukan Logframe Matrix. Kesahan Logframe Matrix dinilai melalui tiga perbincangan kumpulan berfokus dan dua temuramah mendalam yang melibatkan 14 anggota dari pelbagai peringkat. Analisis dokumen, analisis kerangka dan analisis tematik telah digunakan. Logframe Matrix yang mempunyai elemen matlamat, tujuan, output, aktiviti, input, andaian, indikator dan kaedah pengesahan indikator telah berjaya dibangunkan. Seterusnya, elemen aktiviti digunakan unuk membina item kaji selidik kepatuhan bagi kajian fasa 2. Bagi fasa 2, kajian keratan rentas telah dijalankan dengan menggunakan kaedah persampelan rawak pelbagai peringkat untuk anggota klinik kesihatan dan persampelan purposif untuk anggota hospital. Seramai 421 responden telah mengambil bahagian (kadar respon 93.6%). Data demografi, ciri anggota, profil pekerjaan, sikap, persepsi kawalan kelakuan, pengetahuan anggota, niat kepatuhan dan kepatuhan telah dikumpulkan menggunakan borang kaji selidik yang telah dibangunkan dan ditentusahkan. Nilai Cronbach Alfa untuk sikap, persepsi kawalan kelakuan dan niat kepatuhan masing masing adalah 0.88, 0.80 dan 0.98. Bagi domain pengetahuan, Indeks Kesukaran, Indeks Diskriminasi dan nilai Kuder-Richardson masing-masing adalah 78.6, 0.36 dan 0.64. Prevalen niat separa patuh didapati sebanyak 25.7%. Sikap yang lemah (AOR 5.48, 95% CI 3.32 – 9.06), skor persepsi kawalan kelakuan yang rendah (AOR 0.91, 95% CI 0.86 - 0.95) dan skor pengetahuan yang rendah (AOR 0.85, 95% CI 0.75 - 0.96) mempunyai hubungan signifikan dengan niat separa patuh. Bagi penilaian kepatuhan, 92.6% responden dari klinik kesihatan, 79.1% dari jabatan pediatrik hospital dan 61.1% dari jabatan patologi hospital didapati tidak patuh. Terdapat hubungan yang signifikan di antara niat dengan kepatuhan. Logframe Matrix boleh digunapakai untuk pemantauan dan penilaian pelaksanaan aktiviti program. Input, aktiviti dan output dalam Logframe Matrix yang digunakan perlu disesuaikan dengan kerangka lokasi program yang dijalankan. Latihan kepada anggota perlu bagi meningkatkan pengetahuan, sikap dan persepsi kelakuan dalam pelaksanaan aktiviti program di samping pemantauan yang lebih efisien berpandukan Logframe Matrix yang dibangunkan.
Notes: e-tesis
Pages: 185
Call Number: WA20.5.H212p 2019 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.