Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775428
Title: Kesan pati minyak daun kesum secara topikal terhadap penyembuhan luka diabetes
Authors: Mohamad Ali Abdul Rahiman (P88437)
Supervisor: Teoh Seong Lin, Dr.
Srijit Das, Prof. Dr.
Keywords: Diabetes Mellitus
Wounds and Injuries -- therapy
Wound Healing
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 2-May-2019
Abstract: Diabetes melitus (DM) merupakan penyakit kronik yang rumit. Ketergendalaan proses penyembuhan luka pesakit DM merupakan salah satu komplikasi yang amat teruk. Kajian baru-baru ini menunjukan Polygonum minus (kesum) mempamerkan aktiviti anti-ulser, anti-keradangan, antioksidan dan menjadi pemangkin kepada sistem pertahanan tubuh badan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan penyapuan pati minyak daun kesum (PMEO) secara topikal terhadap penyembuhan luka diabetes. Sebanyak 36 ekor tikus jantan Sprague-Dawley diabetik aruhan suntikan streptozotocin diguna pakai dalam kajian ini. Sebanyak empat luka berdiameter 6 mm diaruh di bahagian torakodorsal tikus kajian. Tikus kajian ini dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikuti jenis rawatan yang diterima, iaitu: kumpulan yang tidak diubati (NT, n=12), kumpulan yang diubati dengan pengubatan piawai, iaitu penyapuan silver sulfadizine secara topikal (SS, n=12) dan kumpulan yang diubati dengan penyapuan PMEO secara topikal (n=12). Rawatan diberikan secara harian sehingga pada hari penyembelihan iaitu hari ketujuh dan hari ke-14 selepas aruhan luka. Peratusan penutupan luka dikira dan tisu luka diambil pada hari penyembelihan bagi tujuan analisa histologi dan biokimia. Peratusan penutupan luka pada hari ketujuh lebih tinggi pada kumpulan SS dibandingkan dengan kumpulan PMEO dan NT. Pada hari ke-14 pula, peratusan penutupan luka adalah lebih tinggi bagi kumpulan SS dan PMEO dibandingkan dengan kumpulan NT. Analisa histologi menggunakan H&E dan Masson’s Trichrome menunjukan lapisan epitelium yang menetap bagi kumpulan SS dan PMEO pada hari ketujuh. Pada hari ke-14 pula, epitelium yang menetap dilihat dalam kesemua kumpulan di mana interdigitasi antara lapisan dermis dan epidermis kulit adalah lebih ketara di kumpulan SS dan PMEO. Serat kolagen kelihatan banyak bagi kumpulan PMEO dan SS dibandingkan dengan kumpulan NT pada hari ketujuh dan ke-14. Kandungan protein dalam tisu luka dinilai sebagai indikasi proliferasi sel. Peningkatan yang signifikan pada kandungan protein pada hari ketujuh dan ke-14 pada kumpulan PMEO dibandingkan dengan kumpulan SS dan NT. Secara kesimpulannya, PMEO mampu memangkin proses penyembuhan luka diabetes dengan mempercepatkan penutupan luka, pembentukan semula epitelium, pengumpulan serat kolagen, dan peningkatan kandungan protein dalam tisu luka.
Notes: e-tesis
Pages: 99
Call Number: QS20.5.M697k 2019 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan pati minyak daun kesum secara topikal terhadap penyembuhan luka diabetes.pdf
  Restricted Access
Full-text53.44 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.