Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774841
Title: Kesan program memperkasakan pesakit diabetes mellitus jenis ii ke atas tahap kawalan gula di dalam darah, kualiti hidup dan keberkesanan kos melalui e-beEp : satu kajian intervensi
Authors: Sabrizan Osman (P62217)
Supervisor: Mohd Rizal Hj. Abd Manaf, Prof. Dr
Khalib Latiff Prof. Madya Dr
Keywords: Diabetes Mellitus, Type 2 -- prevention & control
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Oct-2015
Abstract: Internet merupakan medium yang berpotensi secara efektif bagi pertukaran maklumat dan menyampaikan intervensi perubahan tingkah laku kepada kumpulan peserta yang ramai. Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan program memperkasakan pesakit Diabetes Mellitus Jenis II melalui e-mel (e-beEp) ke atas tahap kawalan gula di dalam darah, kualiti hidup dan keberkesanan kos berbanding dengan rawatan piawai di klinik kesihatan. e-beEp telah direka bentuk untuk menyampaikan pendidikan kesihatan selama 12 minggu kepada kumpulan intervensi dengan lima modul berbeza. Seramai 142 pesakit telah menyatakan persetujuan untuk menyertai kajian ini melalui pensampelan rawak bersistematik bagi kumpulan intervensi dan kawalan di dua klinik kesihatan yang berbeza dengan kadar respon sebanyak 98.6% bagi setiap klinik. Bacaan HbA1c, skor kualiti hidup, skor pemerkasaan pesakit telah diperolehi sebelum permulaan intervensi, tiga bulan dan 6 bulan selepas intervensi. Analisa Pengukuran Berulang telah menunjukkan perbezaan min yang signifikan bagi skor kualiti hidup bagi domain psikologikal (F=3.194, p=0.009), domain faktor persekitaran (F=7.723, p=0.006) dan skor permerkasaan secara keseluruhan (F=17.312, p<0.001) di antara kumpulan intervensi dan kumpulan kawalan. Skor pemerkasaan secara keseluruhan (F=5.909, p=0.015) dan skor kualiti hidup bagi domain psikologikal (F=5.416, p=0.007), domain sosial (F=5.378, p=0.021), domain persekitaran (F=6.072, p=0.003) telah meningkat secara signifikan bagi kumpulan intervensi berbanding kumpulan kawalan merentasi tempoh masa kajian. Walau bagaimanapun, tidak terdapat kesan masa yang signifikan bagi bacaan HbA1c, skor kualiti hidup dan skor permerkasaan pesakit bagi kedua-dua kumpulan. Analisa keberkesanan kos menunjukkan bahawa intervensi e-beEp memerlukan kos yang minimal (RM5906.65) untuk mengurangkan bacaan HbA1c sebanyak 1% dan ke atas selepas enam bulan intervensi berbanding kumpulan kawalan (RM6733.32). Kajian ini telah menunjukkan bahawa gabungan di antara e-beEp dan rawatan piawai adalah lebih efektif berbanding perawatan piawai sahaja dari aspek kualiti hidup, pemerkasaan pesakit dan keberkesanan kos. Walau bagaimanapun, tempoh implementasi e-beEp yang lebih panjang diperlukan bagi memastikan keberkesanan terhadap tahap kawalan gula dalam darah.
Notes: Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana'
Pages: 304
Call Number: 9HUKM WA20.5. S118k 2015
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.