Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774702
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZahara Abdul Manaf, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorSuzana Shahar, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorNor Aini Jamil, Dr.en_US
dc.contributor.advisorNorhayati Mohd Noor, Dr.en_US
dc.contributor.authorMohd Hafiz Mohd Rosli (P99730)en_US
dc.date.accessioned2024-07-03T00:43:18Z-
dc.date.available2024-07-03T00:43:18Z-
dc.date.issued2023-11-08-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774702-
dc.description.abstractAlat bantu pendidikan dalam kaunseling pemakanan adalah penting untuk meningkatkan kefahaman dan kepatuhan pesakit. Namun, sehingga kini alat bantu pendidikan dalam kaunseling pemakanan untuk kegunaan pegawai dietetik di Malaysia amat terhad. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk membangunkan alat bantu pendidikan pemakanan serta menilai penerimaan dan kebolehgunaannya dalam kalangan pegawai dietetik di institusi terpilih di Malaysia. Kajian ini terbahagi kepada tiga fasa. Fasa pertama ialah penilaian keperluan terhadap alat bantu Pendidikan pemakanan dalam kalangan pegawai dietetik, fasa kedua ialah pembentukan alat bantu pendidikan pemakanan dan fasa ketiga penilaian terhadap penerimaan dan kebolehgunaannya. Pada Fasa I, sebanyak 15 orang pegawai dietetik di sekitar Lembah Klang telah ditemu bual secara individu untuk mendapatkan maklum balas tentang keperluan terhadap alat bantu pendidikan pemakanan semasa sesi kaunseling pemakanan bersama pesakit. Hasil kajian mendapati, pegawai dietetik memerlukan alat bantu pendidikan pemakanan yang berbentuk digital, mempunyai ciri-ciri visual dan perancangan menu berdasarkan keperluan individu. Pada Fasa II, alat bantu Pendidikan pemakanan untuk merancang menu pesakit dalam bentuk aplikasi sesawang (SmartDTM) telah dibangunkan dan diuji kesahan kandungan oleh pegawai dietetic (n=3) dan pakar kaunseling (n=1). Pada Fasa III, seramai 15 orang pegawai dietetic telah menilai kebolehgunaan aplikasi sesawang SmartDTM menggunakan borang soal selidik kebolehgunaan aplikasi mudah alih kesihatan (MAUQ) versi professional kesihatan. Secara keseluruhannya, pegawai dietetik bersetuju terhadap kebolehgunaan berdasarkan tiga domain iaitu kemudahan penggunaan (ease of use), antara muka dan kepuasan (interface and satisfaction), serta kebergunaan (usefulness) aplikasi sesawang SmartDTM dengan skor masing-masing 5.5 ± 1.1, 5.0 ± 1.3 dan 4.7 ± 1.3, melebihi skor minimum kebolehgunaan iaitu 4. Kesimpulannya, alat bantu pendidikan pemakanan yang sedia di klinik dietetik pesakit luar di Malaysia sangat terhad, mempunyai pelbagai limitasi dan alat bantu berbentuk digital amat diperlukan. Aplikasi sesawang SmartDTM telah dibina sebagai alat bantu untuk perancangan menu pesakit secara interaktif dengan mengambil kira limitasi dan saranan yang ada. Aplikasi sesawang SmartDTM diterima dengan baik oleh pegawai dietetik untuk digunakan semasa sesi kaunseling pemakanan. Oleh itu, aplikasi sesawang SmartDTM berpotensi untuk digunakan oleh pegawai dietetik di Malaysia bagi mengisi kelompongan alat bantu pendidikan pemakanan semasa sesi kaunseling.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectNutritionen_US
dc.subjectNutrition education toolen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan, penilaian penerimaan dan kebolehgunaan alat bantu pendidikan pemakanan (aplikasi sesawang SmartD ™) untuk kaunseling pemakananen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages168en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Kesihatan (Dietetik)en_US
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.